PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Friday, December 31, 2010

Meeting Final Touch Induksi - 29 Dis 2010

Alhamdulillah, meeting yang bermula pada jam 6petang walau tidak dapat dimulakan pada masa yang ditetapkan, meeting final touch untuk induksi telah berjalan dengan lancar. Meeting yang dihadiri oleh semua barisan pimpinan 2010/2011 beserta murabbi ini berakhir lebih kurang pada jam 8.30malam.

Terima kasih kepada murabbi kerana masih meluangkan masa untuk terlibat di dalam meeting ini walaupun hanya sekejap sahaja kerana beliau ingin ke usrah pusat. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan diatas komitmen beliau.

Dengan kerjasama yang penuh dari barisan pimpinan, perancangan yang rapi telah dirangka untuk melicinkan lagi setiap detik program induksi kami itu. Semoga meeting kami diberkati olehNYA, amin.

Mass Gathering - Gombak

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, PEPIAS cawangan Pandan telah menghantar dua wakil untuk menghadiri program 'Mass Gathering - Gombak' pada 28 Disember 2010. Antara wakil yang telah dihantar ialah ;
  1. Muhammad Hafiz b. Mohamad Shamon (Murabbi)
  2. Muhammad Al-Farhan b. Halit (Timb. Pengerusi Perhubungan)
Terima kasih kepada PEPIAS cawangan Gombak kerana sudi mengadakan program seperti ini dan sekaligus telah menjemput kami. Barakallahu fikum!

Monday, December 27, 2010

Seminar "Puteri Solehah Cerminan Islam"

ALHAMDULILLAH, PEPIAS cawangan Pandan telah menghantar wakil seramai 4 orang ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 26 Disember 2010 untuk seminar "Puteri Solehah Cerminan Islam". Antara wakil yang telah dihantar ialah ;
  1. Siti Khaulah bt. Sokhibul Fadhil
  2. Nurul Atikah bt. Musharuddin
  3. Nor Sulaiha bt. Md. Sukri
  4. Noor Zurisha bt. Mohamed Husin

Seminar yang sangat bermanfaat itu di anjurkan oleh ;
  • Cawangan Kebajikan & Khidmat Sosial
  • Masjid Wilayah Persekutuan
  • Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Saturday, December 25, 2010

Pemberitahuan : Meeting Final Touch - Induksi

Assalamualaikum.

Meeting Final Touch - Induksi Pimpinan PEPIAS Cawangan Pandan 2010/2011 ;

Tempat : Medan Selera Taman Maluri, Cheras
Masa : 5.30petang
Tarikh : 29/12/10

Meeting Kali Ke-2 Buat Pimpinan Baru PEPIAS Cwgn. Pandan 2010/2011

Bismillahirrahmanirrahim.

ALHAMDULILLAH, meeting yang berjalan selama lebih kurang empat jam membuahkan hasil yang sangat lumayan buat kami.

Antara agenda yang telah dibincangkan oleh kami ialah ;

1. Pengenalan PEPIAS (Visi, Misi, Halatuju, 7 Budaya)

Ini adalah bertujuan untuk barisan pimpinan terlebih dahulu memahami dan mengenali PEPIAS sebelum menjalankan apa-apa tugas yang akan dijalankan nanti. Dengan penjelasan yang sangat bernas oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan cawangan Pandan, agenda pertama berjalan dengan lancarnya. Alhamdulillah.

2. Perancangan untuk Induksi

Perbincangan ini telah dikendalikan oleh Pengerusi Perhubungan PEPIAS cawangan Pandan. Antara perancangan yang telah kami bincangkan ialah ;

Tarikh : 31/12/10-2/1/11 atau 14/1/11-16/1/11
Tempat : PULPA, Changkat atau Masjid Darussalim
Makanan : Masak sendiri atau khidmat 'catering'

Setelah dibincangkan dan mendapat cadangan dari Murabbi dan Pen. Murabbi, kami 'sebuah keluarga' telah bersepakat untuk menjalankan induksi pada 31/12/10-2/1/11 bertempat di PULPA, Changkat di samping ingin menghidupkan kembali fungsi PULPA. Kami juga telah bersepakat untuk masak sendiri bagi makanan untuk semua yang terlibat pada induksi nanti. Ini kerana, selain menjimatkan kos, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara barisan pimpinan sendiri.

3. Taqwim Perancangan PEPIAS cawangan Pandan

Sekarang tibalah di akhir agenda kami, iaitu perancangan aktiviti kami. Walaupun kami belum lagi berinduksi, tetapi semangat kerjasama dan sikap tolak ansur yang ada dari barisan pimpinan, Taqwim PEPIAS cawangan Pandan dapat juga di rangka dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah kami rancangkan. InsyaALLAH, semoga semuanya di permudahkan. Amin!

Sebelum menangguh mesyuarat kami, Murabbi telah berkongsi sedikit ilmu kepada kami iaitu tentang Kelemahan Da'ie. Antara kelemahannya ialah ;
  1. Sentiasa berada dalam keadaan selesa
  2. Menggunakan pendekatan yang lama
  3. Kurangnya ilmu
  4. Kelemahan ekonomi
  5. Menggunakan waktu tertentu sahaja untuk berdakwah
Dengan berakhirnya perkongsian ilmu pada hari itu, maka berakhirlah mesyuarat kami pada kali ini. Semoga semuanya diberkati olehNYA, amin.

Wednesday, December 22, 2010

PRA-Meeting Kali Ke-2.

ALHAMDULILLAH, PRA-Meeting kali ini murabbi PEPIAS cawangan Pandan, abang Muhammad Hafiz b. Mohamad Shamon telah meluangkan masa bersama dengan sebahagian ahli pimpinan PEPIAS cawangan Pandan bagi melicinkan lagi gerak kerja Biro Latihan dan Kepimpinan (BLK) sebelum dikemukakan kepada ahli pimpinan PEPIAS cawangan Pandan yang lain.

Di samping itu, murabbi juga ada menekankan tentang 'jobscope' yang perlu difahami oleh kami sebelum induksi nanti.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada murabbi kami kerana sanggup meluangkan masa. Terima kasih juga kepada Setiausaha Agung PEPIAS kerana telah memberi sedikit sebanyak pendapat sepanjang PRA-Meeting kali ke-2 ini serta tidak lupa kepada ahli pimpinan PEPIAS cawangan Pandan yang terlibat.

Barakallahu Fikum.

Bermulanya Semester Baru.

Tanggal 20 Disember 2010, Cybernetics International College of Technology telah membuka semester baru untuk semua mahasiswa dan mahasiswanya. SELAMAT MENJALANI SEMESTER YANG BARU!

Di hari pertama semester baru juga, sebahagian ahli pimpinan PEPIAS cawangan Pandan telah mengadakan PRA-Meeting selepas sahaja selesai menjalani program pada hari pertama di kolej itu. Antara yang terlibat di dalam PRA-Meeting tersebut ialah ;
  1. Lukman b. Saini (Pengerusi Perhubungan)
  2. Muhammad Al-Farhan b. Halit (Timb. Pengerusi Perhubungan)
  3. Nurul Atikah bt. Musharuddin (Setiausaha)
  4. Muhammad Amirul Fadzhil b. Salehudin (Exco Latihan dan Kepimpinan)
  5. Nor Sulaiha bt. Md. Sukri (Timb. Exco Latihan dan Kepimpinan)
Topik yang telah dibangkitkan di dalam PRA-Meeting ini ialah berkenaan tentang Taqwim Cawangan dan Induksi Pimpinan.

Tuesday, December 7, 2010

Muktamar Agung Tahunan PEPIAS 19 (MATP 19)

ALHAMDULILLAH , bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana Muktamar Agung Tahunan PEPIAS (MATP 19) telah berlangsung dengan jayanya di UIA Gombak pada 3, 4 & 5 Disember 2010.

Di kesempatan itu , kami dari PEPIAS cawangan Pandan seramai lebih kurang 30 orang turut menyertai majlis ilmu itu. Pelbagai slot aktiviti telah di sediakan. Pertandingan Amal Islami juga turut di langsungkan pada 4hb Disember 2010. Antara aktiviti pertandingan yang diadakan ialah, Nasyid (HELWANI), Debat ala Parlimen, Hafazan Al-Quran dan Kuiz IQ.

Peserta-peserta Pertandingan Amal Islami wakil PEPIAS cawangan Pandan ialah ;

Hafazan Al-Quran :
Lukman b. Saini (Hafazan Lelaki)
Aiman Ain bt. Azahar (Hafazan Perempuan)

Kuiz IQ :
Humaizah bt. Hasan Basri
Hanis Zawani bt. Mobidin
Ahmad Naim Sallam b. Che Hashim
Khairudin b. Rosli

Debat ala Parlimen :
Muhammad Al-Farhan b. Halit
Nur Aqidah bt. Mawardi
Muhammad Affit b. Abd. Rahim
Mohd. Nassir b. Manca

Nasyid (HELWANI) :
Nur Aisyah bt. Ahmad Suaidan
Nurul Atikah bt. Musharuddin
Nor Sulaiha bt. Md. Sukri
Nur Sakinah bt. Azarae
Uzee Afiqa bt. Azman

PEPIAS cawangan Pandan telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan hafazan, johan dalam pertandingan nasyid serta vokal dan persembahan terbaik. TAHNIAH kepada semua!

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua ahli pimpinan dan ahli PEPIAS cawangan Pandan kerana telah bertungkus lumus dalam memberikan komitmen yg sepenuhnya sepanjang MATP 19 ini. Semoga PEPIAS cawangan Pandan terus mara di persada dakwah, amin. Selamat maju jaya!

Sunday, October 24, 2010

Tahniah kepada semua barisan pimpinan baru PEPIAS cwgn. Gombak & Salam Ukhuwah

Tarikh : 23 Oktober 2010
Tempat : UIA
Pukul : 1.30 Tengahari - 4.30 Petang

Wakil pimpinan PEPIAS cwgn. Pandan ke Mini Muktamar PEPIAS Cwgn. Gombak ialah ;

1. Lukman b. Saini (Pengerusi Perhubungan)
2. Nurul Atikah bt. Musharuddin (Setiausaha)
3. Muhd. Asrul b. Ahmad (Timb. Exco Ta'dib & Dakwah)
4. Nor Sulaiha bt. Md. Sukri (Timb. Exco Latihan & Kepimpinan)
5. Ramizi b. Tapa (Exco Perhubungan)

Mini Muktamar PEPIAS Cwgn. Pandan 2010/2011

Tempat : LH2, Cybernetics International College of Technology
Tarikh : 22 Oktober 2010
Pukul : 8 Malam


Barisan Pimpinan PEPIAS Cwgn. Pandan 2010/2011

Pengerusi Perhubungan
Lukman b. Saini

Timb. Pengerusi Perhubungan
Muhammad Al-Farhan b. Halit

Setiausaha
Nurul Atikah bt. Musharuddin

Timb. Setiausaha
Mohd. Nasir b. Manca

Bendahari
Norriezan bt. Che Ibrahim

Ketua Helwani
Nur Sakinah bt. Azarae

Timb. Ketua Helwani
Nur bt. Adnan

Exco Ta'dib & Dakwah
Muhammad Afiq b. Mustapa

Timb. Exco Ta'dib & Dakwah
Muhd. Asrul b. Ahmad

Exco Latihan & Kepimpinan
Muhammad Amirul Fadzhil b. Salehuddin

Timb. Exco Latihan & Kepimpinan
Nor Sulaiha bt. Md. Sukri

Exco Perhubungan
Ramizi b. Tapa

Wednesday, October 13, 2010

mini muktamar pepias cawangan pandan kali kedua


mini muktamar pepias cawangan pandan
kali ke2


tarikh:
22/10/2010


tempat:
dewan aktiviti kolej antarabangsa cybernatics


hari:
jumaat


bersama-sama meraihkan pimpinan yang baru...
persatuan pelajar islam selangor(pepias) cawangan pandan

Thursday, October 7, 2010

usrah minggu ini:dakwah masa kini vs dakwah masa dahulu

minggu ini membincangkan tentang perbezaan dakwah pada masa kini dengan dakwah terdahulu..satu topik yang membincangkan adakah pendakwah pada masa kini mengikut cara dakwah pada zaman rasulullah...adakah pendakwah pada masa kini mengikut panduan al-quran dan sunnah..

tujuan dakwah ini dijalankan adalah untuk mencari kebahagian dan kesejahteraan dalam diri manusia dengan melaksanakan teguran dengan tiga bentuk iaitu:
  • secara lisan
  • secara tulisan
  • secara perbuatan

pada zaman rasulullah,dakwah nabi pada permulaan islam ingin berkembang,melakukan dakwah dengan dua cara iaitu secara sembunyi dan secara terbuka,begitu banyak pergorbanan yang dilakukan oleh para sahabat untuk mengikut rasulullah dalam menjalankan kerja dakwah demi mengejar kemanisan iman.

Thursday, September 30, 2010

SAHABAT

SAHABAT ibarat tasbih yang tidak ada awal dan penghujungnya..SAHABAT ibarat cermin kepada diri yang senantiasa memberitahu kita jika kita ada melakukan kesilapan..SAHABAT adalah perhubungan diantara manusia yang tujuannya kerana Allah swt..Walau apapun definisi,maksud dan perumpamaan yang diberikan, setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing berkenaan dengan erti dan maksud seorang SAHABAT.

Namun pada lembaran cerita hari ini, makna dan erti seorang sahabat semakin sukar dan semakin samar untuk difahami dan dimengertikan... Bukan kerana ia hilang atau pergi tetapi kerana jiwa-jiwa yang tidak sedikit pun atau terarah kepada menunjukkan nilai erti dan maksud SAHABAT..Adakah kerana tiadanya ilmu yang menjadi asas pengukuhan kepada pengamalan yang dilakukan atau kerana tiada persekitaran, ruang dan peluang serta pemahaman jiwa-jiwa tentang maksud dan erti seorang sahabat...

Terdapat Hadis Nabi saw yang bermaksud : ” seseorang itu atas agama perjalanan rakannya, maka hendaklah diperlihatkan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan”

Ayat ini menegah kita bersahabat dgn orang fasik yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat.

Al-QAmah memberikan panduan kepadan anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:

1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan darimu dia akan menghargainya

3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu

4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Selain itu Allah swt juga menegaskan kepada kita bahawa betapa pentingnya menjalinkan persahabatan dengan orang2 yg beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia yg dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini seperti di dalam firmanya yang bermaksud:

“Berpegang teguhlah dengan tali (agama) Allah bersama-sama dan janganlah engkau berpecah belah” - Surah Ali Imran:103

WaAllahu 'Alam

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri......

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dann Batin
Diucapkan kepada
Seluruh ahli Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan

Semoga Ramadhan memberikan kita sesuatu yang tidak ternilai untuk kita teruskan dan semoga kedatangan syawal ini akan dapat kita manfaatkan sebaik mungkin dengan hanya mengharapkan keberkatan, kerahmatan dan keredhaan Yang Maha Esa...

Ingatan tulus Ikhlas dari Semua pimpinan Pandan 2010...

Wednesday, August 11, 2010

semarak kan bulan ramadhan

ramadhan kini telah tiba..

bagaimana nak menyemarakkan ramadhan?

1..banyak membaca al-quran
2..sentiasa melakukan sedekah.
3..sentiasa menjalankan perkara yang sunat..
4..sentiasa menjalankan solat malam.

saya selaku exco perhubungan dan informasi pepiaspandan serta pimpinan cawangan pandan yang lain mengucapkanh selamat berpuasa kepada ahli-ahli pepias pandan

usrah pada bulan ramadhan yang pertama:
12/8/2010
4.30-6.30ptg
masjid iman asy-syafie
kebaikan membaca al-quran di bulan ramadhan

Wednesday, August 4, 2010

usrah pepias pandan minggu ke 3(minggu akhir)

tempat:masjid iman asy-syafie
tarikh:5/7/2010
masa:5.30-7.30 mlm
tajuk:ramadhan
pic:suadara afiq

sama-samalah kita semarakkan usrah ini


selamat menyambut bulan ramadhan dan salam aidilfitri kepada semua ahli pepias cawangan pandan dari pimpinan pepias pandan..

Program Motivasi Sekolah Rendah Agama sekitar Selangor

tarikh:6-8 julai 2010
tempat: surau darus salim,kg melayu subang,selangor darul ehsan
peserta:267 peserta
fasilitator:30orang
pic:nur aqidah mawardi


berkumpul di pusat penjaja taman maluri
pukul 2.30ptg

bersama-sama kita semarak kan program ini

Sunday, July 25, 2010

usrah pepias pandan minggu ke-2

tarikh:
29/7/2010

tempat: masjid iman asy-syafie

tajuk:hukum-hukum dasar syariah islam

pic: saudari fatehah

semua di jemput hadir

Sunday, July 18, 2010

berakhir kkpi utara....insyallah berjumpa di reunion kkpi

pada 9-11 julai yang lalu,di kem nur laman bestari telah diadakan kursus kepimpinan pelajar islam(kkpi) zon utara..

seramai 127 orang peserta dari 4 daerah telah menyertai kursus ini..

seramai 12 fasilitator dan 20 komiti telah bertungkus lumus untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar walaupun diawal program terdapat pelbagai masalah yang dihadapi,namun berjaya diatasi..

terdapat pelbagai aktiviti seperti ldk,qimuallai,permainan bermodul dan paling menyentuh perasaan peserta malah jugak fasi dan komiti ialah ceramah mengenai kepimpinan nabi muhammad dalam memjuangkan dakwah islam.ramai fasi dan komiti dan peserta menitiskan air mata kerana terlalu terharu dengan semangat baginda nabi muhammad untuki terus berjuang..malah di hujung pemergian nya,baginda hanya memyebut ummati,ummati,ummati..

insyallah kita akan berjumpa lagi di reunion kkpi pada hujung tahun ini

selamat berjuang kepada pemimpin yang telah menyertai kursus ini..

hidup pepias

Friday, June 11, 2010

gambar program sekolah yang pertama

nie merupakan program pertama yang berlangsung beberapa hari sebelum muktamar
nie merupakan program sekolah yang di pertama yang dijalankan oleh pepias cawangan pandan..bersemangat betul fasi-fasi pepias pandan bersama adik-adik pengawas

Thursday, June 3, 2010

PEPIAS Pandan Mengutuk Sekeras-kerasnya Serangan Ke Atas Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza.




Mutakhir ini, dunia di gembar-gemburkan mengenai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza di serang serta di tahan oleh tentera rejim zionis bagi menghalang misi tersebut. Hal ini, telah membuat banyak pihak tidak berpuas hati apatah lagi penganut beragama islam itu sendiri. Seramai 12 rakyat Malaysia turut bersama dalam menjayakan misi tersebut turut di ditahan dan kini kesemua rakyat malaysia didapati selamat dan telah dibebaskan. PEPIAS Pandan turut bersimpati terhadap musibah yang berlaku ke atas misi itu. Apakah tindakan dunia selepas ini? Adakah membiarkan sahaja Israel mengganas dan menindas orang islam? Oleh hal demikian, PEPIAS Pandan mengajak semua ahli PEPIAS Pandan menyokong semua aktiviti yang dilakukan bagi menunjukkan tanda sokongan dan mengutuk ke atas perbuatan keji rejim zionis. Sebarang aktiviti yang di ikuti PEPIAS boleh di lihat di persadapepias.blogspot.com.

Wahai sahabat-sahabat sekalian..., bangkitlah kalian.. Lihatlah dunia. Bertapa Islam di pandang rendah dan di tindas oleh orang yahudi. Apakah tindakan kalian... Bangkitlah!!!

Sunday, May 30, 2010

Semester Baru Semakin Tiba, Cybernatics Kini Menunggu Kepulangan Pelajar-Pelajarnya.

Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics kini menunggu kepulangan pelajar-pelajarnya yang kini sedang bercuti setelah melalui semester yang begitu panjang yang bermula pada pertengahan bulan 12 haribulan tahun lalu sehingga bulan april 2010, pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang semester itu berlangsung.

Kini, pelajar-pelajar Cybernetics akan pulang untuk meneruskan semester seterusnya pada 12 Julai 2010. Manakala, sesi pendaftaran semester bagi pelajar-pelajar yang baru adalah lebih awal daripada pelajar-pelajar senior.

Selamat datang PEPIAS Pandan ucapkan kepada pelajar-pelajar baru ke Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics ini. Tanamkan tekad anda untuk mencapai kejayaan yang cemerlang ke dalam diri anda semua.

Friday, May 28, 2010

KKPI Kini Kembali.

Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI) akan diadakan pada 9-11 julai bagi zon Utara. Terdapat 4 cawangan akan terlibat dalam Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI) kali ini iaitu, Cawangan Gombak, Cawangan Petaling Jaya, Cawangan Pandan dan Cawangan Shah Alam.

Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI) merupakan satu program yang diadakan untuk memberi bimbingan kepada bakal pemimpin di sekolah. Pelajar yang terlibat di dalam program ini ialah bakal-bakal pemimpin sekolah (pengawas sekolah) dan pemimpin yang akan membantu rakan-rakan mereka jika ada masalah (PRS).

Dengan program ini, kita mahu melihat bakal pemimpin dapat dilahirkan bagi memastikan kecemerlangan mereka pada suatu hari nanti.

Dengan Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI) ini, dapatlah setiap cawangan bekerjasama dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Thursday, May 20, 2010

Induksi PEPIAS Cawangan Pandan.

Inilah wajah-wajah ceria kami sewaktu mengikuti Program Induksi PEPIAS Cawangan Pandan. Sekalung ucapan terima kasih kami ucapkan kepada mantan PEPIAS Pandan kerana telah menjayakan program ini dengan jayanya. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala jasa kalian. Akhir kata, kalian sentiasa di hati kami semua. PEPIAS Cawangan Pandan Terhebat!!! TAKBIR!!! ALLAHU AKBAR!!!

Monday, May 3, 2010

Selamat Bercuti :)

Salam ukhuwah kepada sahabat PEPIAS Cawangan Pandan. Selamat bercuti semester, semoga sihat di samping keluarga tercinta. Kepada mantan PEPIAS Cawangan Pandan, selamat menjalani praktikal, semoga dapat merempuh segala halangan dalam tempoh praktikal nanti.

Tak lupa juga kepada pimpinan PEPIAS Cawangan Pandan, bersiap sedia untuk menjalankan tugas dan program di kawasan Taman Maluri.

Jumpa lagi pada semester baru :)

Program Smart Solat di SMK Dato' Ahmad Razali, Ampang.

Tanggal 24/4/2010, seramai 4 orang ahli PEPIAS Cawangan Pandan telah mewakili PEPIAS Cawangan Pandan ke Program Smart Solat yang diadakan di SMK Dato' Ahmad Razali, Ampang yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM). Program ini telah di ketuai oleh abang Khairul Anwar dan turut dijayakan oleh seramai 35 orang fasilitator.

Program ini telah berlangsung pada pukul 9.00pagi dan di mulakan dengan sesi ta'aruf antara fasilitator dengan peserta. Aktiviti seterusnya pula adalah pembahagian kumpulan dan diikuti dengan ceramah tentang solat yang telah disampaikan oleh abang ustaz. Program ini telah tamat dengan jayanya pada pukul 6.00ptg.

Senarai nama ahli PEPIAS Cawangan Pandan yang terlibat:

Muhammad Syafiq bin Ibrahim
900316-14-5163

Lukman bin Saini
910424-14-6445

Ramizi bin Tapa
910108-13-6317

Mohammad Amirul Fadzhil
910419-08-5887

Tuesday, April 6, 2010

MENGETAHUI,MEMAHAMI DAN MENGAMALKAN DASAR-DASAR HUKUM SYARIAT ISLAM.

KITA TELAH MENGETAHUI MENGAPA KONSEP SYAHADAH PENTING BAGI SEORANG MUSLIM,KITA JUGA TELAH MENGATAHUI DUA NIKMAT YANG TERBESAR YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH KEPADA KITA YANG HARUS KITA SYUKURI IAITU NIKMAT IMAN DAN ISLAM DAN KITA JUGA TELAH MENGETAHUI BAHAWA ASAS INDUK KEPADA AKHLAK DAN PERLAKUAN MERUPAKAN KESEMPURNAAN BAGI SEORANG MUSLIM ADALAH DENGAN MEMILIKI KONSEP IHSAN.SEMOGA SEGALA APA YSNG TELAH KITA KETAHUI DAPAT KITA SEMATKAN DALAM HATI DAN MENGAMALKANNYA.

KINI,SATU LAGI PERKARA ASAS YANG PERLUKAN KITA KETAHUI IAITU DASAR-DASAR HUKUM SYARIAT ISLAM' KERANA SEGALA PERTUTURAN,PERLAKUAN,GERAK HATI,SOAL-SOAL IBADAH,MUAMALAH(BERJUALBELI),BERKELUARGABERMASYARAKAT,DAN SEGALA MACAM AKTIVITI INSAN MUSLIM PERLU MENGAMBIL KIRA HUKUM-HUKUM SYARIAT ISLAM. 'APAKAH DIA DASAR-DASAR HUKUM SYARIAT ISLAM ITU?'

1)HALAL-SESUATU YANG DIBOLEHKAN(TIDAK BERDOSA) MEMAKAI,MEMAKAN@ MENGEJARKANNYA SETELAH ADA PENGESAHAN SAH MENURUT SYARAK.

ALLAH SWT BERFIRMAN DALAM SURAH AL MUKMINUN AYAT 51:

MAKSUDNYA:'MAKANLAH DARIPADA YANG BAIK(HALAL) DAN KERJAKANLAH AMALAN SOLEH'

2)HARAM-SESUATU YANG DIBERIKAN PAHALA APABILA MENINGGALKANNYA DAN BERDOSA APABILA MELAKUKANNYA DISISI SYARAK

DARIPADA HADITH YANG DIRIWAYATKAN DARIPADA NABI SAW:

MAKSUDNYA:'SETIAP DAGING YANG TUMBUH DARIPADA(HASIL MAKANAN) YANG HARAM,MAKA NERAKA LEBIH LAYAK BAGINYA.

3)WAJIB-SESUATU YANG DIBERIKAN PAHALA APABILA DILAKUKAN DAN BERDOSA APABILA MENINGGALKANNYA.CONTOH:SOLAT,PUASA DAN SEBAGAINYA.

ALLAH SWT BERFIRMAN DALAM SURAH AN-NISA' AYAT 103:

MAKSUDNYA:'SESUNGGUHNYA SOLAT ITU MERUPAKAN KEWAJIPAN YANG TELAH DITETAPKAN ATAS ORANG MUKMIN DAN MUKMINAH'

4)SUNAT-SESUATU YANG DIBERIKAN PAHALA DAN TIDAK BERDOSA APABILA MENINGGALKANNYA(SEBAGAI AMALAN TAMBAHANVDAN SOKONGAN JIKA AMALAN WAJIB TIDAK SEMPURNA)

5)MAKRUH-SESUATU AMALAN YANG DIBERI PAHALA JIKA DITINGGALKAN DAN TIDAK BERDOSA APABILA MELAKUKANNYA

6)HARUS-SESUATU AMALAN YANG TIDAK BERPAHALA JIKA MELAKUKANNYA DAN TIDAK BERDOSA APABILA MENINGGALAKANNYA.CONTOH:MAKAN,MINUM,BERSIAR-SIAR DAN SEBAGAINYA

7)SAH-SESUATU AMALAN YANG CUKUP RUKUN DAN SEMPURNA SYARATNYA MENURUT SYARAK.CONTOH: SYARAT SAH SOLAT IALAH SUCI DARI HADAS KECIL DAN HADAS BESAR.

8)BATAL-SESUATU AMALAN YANG TIDAK CUIKUP RUKUN DAN SYARATNYA MENURUT SYARAK.CONTOHNYA:SOLAT AKAN BATAL BILA BERGERAK BERTURUT-TURUT SEBANYAK TIGA KALI.

KESIMPULANNYA,MENGETAHUI DAN MEMHAMI DASAR-DASAR HUKUM SYARIAT ISLAM INI UNTUK DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN KITA ADALAH AMAT PENTING KERANA IA AKAN MEMBAWA KEPADA
'KESEMPURNAAN IMAN,ISLAM DAN UMAT ISLAM ITU SENDIRI'.

WAALLAHU'ALAM..

Mini Tamrin PEPIAS Cawangan Pandan


Tarikh: 9-10 April 2010

Tempat: Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam

Aktiviti: Mini Tamrin & Bengkel Pengurusan

Sasaran: 50 orang peserta (ahli dan pimpinan)

Masa: 6.30ptg (9/4/2010) - 12.00tgh (10/4/2010)

Yuran: RM3.00

Monday, April 5, 2010

usrah minggu terakhir

Tarikh: 6/4/2010

Tempat: Masjid Iman Asy-Syafie

Masa: 5.30-7.00mlm

Tajuk: Mengetahui, Memahami dan Mengamalkan Dasar-Dasar Hukum Syariat Islam

P.I.C: Nurul Atikah bt. Musharuddin

Tuesday, March 30, 2010

ketinggian konsep ihsan

sewaktu menerima hakikat pengertian iman dan islam daripada Allah SWT menerusi perantaraan jibril a.s,Baginda Nabi SAW juga diberikan kefahaaman tentang 'ihsan'yang menjadi induk akhlak dan perlakuan insan muslim yang sempurna.

Apa itu ihsan?

bahasa-ihsan membawa maksud membuat sesuatu yang baik

syarak-peribadatan insan terhadap Allah(penciptaNya) seolah-olah dia melihat Allah.Seandainya dia tak dapat melihat Allah,maka yakinlah bahawa Allah melihat dirinya,ibadahnya dab mengetahui isi hatinya

'IHSAN' boleh diumpamakan dalam kehidupan ini sebagai seseorang yang melakukan gerak kerja harian dan merasakan ada pihak yang sentiasa memerhatikan segala perbuatan yang dilakukan..

Firman Allah swt dalam surah Al-Isra'ayat7:
'jika kamu b'buat kebaikan (maka manfaat)kebaikan yang dilakukan itu akan kembali kepada diri kamu.Dan jika kamu b'buat kejahatan,maka kesannya kembali juga kepada kamu


kesimpulannya,melakukan kebaikan dan mnegalakkan(amar ma'ruf) dan menjauhi kejahatan(nahi mungkar)merupakan antara dua perkara yang berkait-rapat dalam melaksanakan gerak kerja dakwah.

Dengan segala penjelasan ini terbuktilah bahawa konsep Ihsan ini amat penting.
semoga penjelasan ini juga akan menambahkan lagi kefahaman kita mengapa pentingnya
konsep ihsan ini untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian


'keperibadian yang mulia beermula dari akhlak dan niat yang suci'
ALLAHHU A'LAM

Thursday, March 25, 2010

usrah minggu ini



usrah minggu ke 4

tarikh:30/3/2010

tempat:masjid iman asy-syafie

jam:5.30-7.00mlm

tajuk usrah:pertinggian konsep ihsan

pic: amirul fadhil

datanglah beramai-ramai ke majlis ilmu ini

Tuesday, March 23, 2010

INDUKSI PIMPINAN PEPIAS PANDAN

TARIKH:26-28 MAC 2010

TEMPAT:SURAU DARUL SALAM KG.MELAYU SUBANG,SELANGOR

ANJURAN: MANTAN-MANTAN PIMPINAN PEPIAS PANDAN

SEMUA PIMPINAN WAJIB HADIR

MENGHAYATI ERTI IMAN DAN ISLAM

apa itu iman?

dari segi bahasa:iman membawa maksud percaya,yakin dan membenarkan..

dari segi syarak: kepercayaan yang terbitnya daripada hati seseorang iaitu mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa yang dibawa oleh baginda rasulullah saw adalah benar dan datangnya daripada Allah swt..

maka ilmu yang kita bincangkan ini adalah untuk menyempurnakan pengenalan.justeru itu,orang lelaki yang beriman disebut mukmin manakala orang perempuan yang beriman pula disebut mukminah.

maksud firman Allah swt: maka sesiapa yang tidak percayakan kepada taghut dan beriman kepada allah,maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan(tali agama)yang kukuh teguh,yang tidak akan terombak(putus). dan ingatlah Allah maha mendengar lagi maha mengetahui
(surah al-baqarah:256)

rukun iman
percaya pada Allah
percaya pada malaikat
percaya pada kitab
percaya pada rasul
percaya pada hari kiamat
percaya pada qada' dan qadar

apa itu islam?

beerti tunduk dan patuh menurut segala peraturan dan panduan zahir serta batin yang dibawa oleh baginda Rasulullah saw

iman dan islam tidak boleh diceraikan untuk memperolehi pelepasan azab di akhirat nanti..

keistimewaan islam

1.memperbaiki kepercayaan dan memperkuatkan keyakinan atau aqidah kepadazat Allah swt yang maha esa
2. menghapuskan kepercayaan kepada yang lain selain Allah swt
3.mengatur cara beribadat kepada Allah swt
4.mengaturkan cara-cara perhubungan kehidupan manusia
5.mengatur hukum-hukum keseksaan /jinayat yang sesuai dengan manusia
6.mengatur hukum keadilan kekeluargaan dan keturunan
7.mempertinggi akhlak manusia
8.mengatur hukum-hukum yang berhubung dengan kebendaan

rukun islam
mengucapkan dua kalimah syahadah
mendirikan solat lima waktu
berpuasa di bulan ramadan
menunaikan zakat
mengerjakan haji(bagi yang berkemampuan)

Monday, March 22, 2010

usrah minggu ini

usrah minggu ke 3

tempat:masjid iman asy-syafie

jam:5.30-7.00mlm

tajuk usrah minggu ini: kepentingan menghayati erti iman dan islam

pic:kak hidayah

hadirlah beramai-ramai pada majlis ilmu ini

Saturday, March 20, 2010

Hati


jika dipersoalkan tentang hati. Terlalu luas untuk dibincangkan kerana soal hati merangkumi pelusuk alam. Jika dikatakan semua perbuatan bermula dengan hati, sebagai contoh:

a) tak sedap hati
b) hari ini hati aku tenang
c) hati batu
d) hati lembut
e) hati-hati
f) hati ku sakit

dan lain-lain contoh. Adakah hati itu boleh jadi batu? apabila diperiksa adakah hati itu telah rosak? sudah semestinya doktor mengatakan "ko gila ke"!!!

disinilah yang ingin dimaksudkan hati itu boleh katakan semua perbuatan bermula dengan hati. Hati yang keras blh dilembutkan dengan akhlak yang baik seperti tanah yang keras dilembutkan dengan air.
Hati itu boleh diibaratkan seperti "cawan"?? bagaimana??
jika cawan yang tidak diisi dengan air dan disimpankan didalam almari sebagai perhiasan, apakah akan jadi pada cawan tersebut? mestilah dipenuhi dengan sarang labah. Seperti itulah hati yang kosong dan tidak diisi dengan ilmu, pegalaman dan sebagainya. Jika hati yang kosong maka kehidupan seseorang itu ibaratkan seperti tidak ada hala tujuan.

Bagaimana ingin rawat hati yang sunyi dah sedih?

1) sebagaimana Rasulullah s.a.w lakukan sebelum datangkan wahyu pada beliau, iaitu bersunyikan diri(berkhalwat). Dengan cara ini, jika hati kita yang sedang sunyi dah bersedih maka bersunyikan diri anda. Tetapi bersunyikan diri adalah untuk memotivasikan diri supaya lebih hebat dari itu. sentiasalah bermotivasikan diri setiap pagi untuk bangkit dari kejatuhan.

2) adakah islam melarang seseorang untuk menagis? sudah semestinya tidak. Dengan menagis dapat menenagkan hati dan jiwa yang sedang gelisah. Tetapi tangisan itu mestilah bersertakan semangat yang baru. sebagaimana yang dipetik dari buku "jangan bersedih" yang mengatakan "biarkan benda yang dah berlalu terus berlalu, bina kehiduapan yang baru untuk menjadi lebih baik"

3) tips lain untuk merawat hati yang sedang membara adalah dengan senyuman. Abu Darda' r.a sempat berkata " sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku" malah sesekali Rasulullah s.a.w pun akan tertawa hingga tampak gerahamnya. tetapi tertawa yang banyak akan mematikan hati. oleh yang demikian, islam tidak melarang untuk tertawa, tetapi tertawa biarlah berpada-pada jangan semua benda menjadi bahan ketawa.

4) tips diatas bukan untuk mengetepikan Al-Quran sebagai ibu pengubat hati. Al-Quran juga sebagai pengubat hati. Disebabkan itulah Al-Quran dinamakan Al-Syifa'. Jika hati yang gelisah, membara, sunyi dan sebagainya maka kembalilah anda kepada Tuhan pencipta manusia. Tidak ada sesiapa yang akan dapat membantu diri sendiri dalam kesusahan melainkan Allah dan diri sendiri.

sebagai kesimpulan hati yang sunyi,gelisah,membara dan sebagainya dapat diubatkan dengan cara yang berfaedah malah berkesan. Hati yang kosong tidak semestinya dengan cara makan, dan berhibur dengan cara yang berlebih-lebihan. kerana ia tidak befaedah malah perbuatan yang melalaikan. Hati yang bersih dapat mengubat jiwa-jiwa yang kosong.

(BIRO TA'DIB DAN DAKWAH)

Wednesday, March 17, 2010

dunia ibarat sementara




kehidupan kita ibarat seperti sedang menaiki satu bahtera yang sedang berlabuh.
di dunia ini sebagai tempat persinggahn sementara kepada semua manusia
utk mengumpul dan mencari segala bahan-bahan untuk meneruskan perjalanan yang seterusnya(barzah)
disitulah kita akan berusaha untuk berniaga bahan-bahan yang telah kita cari sebagai
pengantiannya iaitu (neraka)dan (syurga) perniagaan siapa yang tidak mendatangkan keuntungan maka
mereka akan asingkan daripada mereka yang beruntung dalam perniagaan mereka. mereka akan terbahagi
kepada dua tempat yang beruntung akan ditempatkan di syurga. manakalah sesiapa yang tidak beruntung
akan ditempatkan dineraka. golongan yang berada dineraka akan berjumpa dengan artis-artis yang
ternama seperti Firaun,Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain. manakala yang beruntung akn berjumpe
dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana menteri serta esco-esconya iaitu Allah sebagai PM, Nabi Muhammad SAW sebagai timbalan PM dan para sahabat dan syuhadah adalah sebagai esco-esconya.

sebagai kesimpulan kehidupan ini hanya sementara. Tidak akan ada satu benda pun dialam ini akan kekal selama-lamanya. Dalam dunia ini kita hidup seorang diri, tidak ada pembantu melainkan Allah yang satu dan sentiasa memerhatikan kita. Percayalah, jika kita sentiase dekat dengan-Nya, nescaya Dia pun akan dekat dihati malah saluran darah kita sekalipun. Moga-moga kita tergolong dalam golongan manusia yang berguna di dunia dan diakhirat.

(BIRO TA"DIB & DAKWAH)

Saturday, March 13, 2010

Maklumat Pimpinan PEPIAS Cawangan Pandan Sesi 2010

PIMPINAN CAWANGAN PANDAN 2010

PENGERUSI PERHUBUNGAN
MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHAMAD SHAMON
(017-3847497)
boyz_romantics@yahoo.com

TIMB PENGERUSI PERHUBUNGAN
YUSUF BUDIMAN BIN MARZUKI
(013-3644979)
sudah_solat90@yahoo.com

SETIAUSAHA
NUR AQIDAH BINTI MAWARDI
(012-9715181)
aqidah_islamiah@yahoo.com

BENDAHARI
HIDAYAH BINTI MOHAMED NORDIN
(012-8449720)
eidayu@yahoo.com

NAIB BENDAHARI
NURUL ATIKAH BINTI MUSHARUDDIN
(012-9509830)
abahmama_dihatiku@yahoo.com

KETUA HELWANI
MUZAIBA BINTI HASAN
(017-3142126)
bee_islamku@yahoo.com

NAIB KETUA HELWANI
NURHALIMAHTUN SAADIAH BINTI MOHD AZHAR
(017-8361426)
miszcutez_101@yahoo.com

EXCO LATIHAN DAN KEPIMPINAN
NOOR FAIZAH BINTI HALIM
(017-4067132)
eiza_faizah@yahoo.com

PEN. EXCO LATIHAN DAN KEPIMPINAN
MUHAMMAD AMIRUL FADZHIL BIN SALEHUDDIN
(014-2571303)
mirul_eddy91@yahoo.com

EXCO TA’DIB DAN DAKWAH
LUKMAN BIN SAINI
(017-6775150)
man_messi91@yahoo.com

PEN.EXCO TA’DIB DAN DAKWAH
MUHAMMAD AL-FARHAN BIN HALIT
(017-9068173)
rikip_intel@yahoo.com

EXCO PERHUBUNGAN DAN INFORMASI
MUHAMMAD SYAFIQ BIN IBRAHIM
(013-3843362)
syah_pepiaspandan@yahoo.com

Thursday, March 11, 2010

lembaran baru

PADA TARIKH 23/02/2010 BERMULA SATU LEMBARAN BARU DALAM PEPIAS CAWANGAN PANDAN SETELAH PENGUMUMAN SAF PIMPINAN PEPIAS CAWANGAN PANDAN YANG BARU DIUMUMKAN.

PENGUMUMAN SAF PIMPINAN PEPIAS CAWANGAN PANDAN DIUMUMKAN OLEH SAUDARA PRESIDEN IAITU SAUDARA ZULHELMI BIN ABDULLAH.DENGAN PENGUMUMAN TERSEBUT MAKA BERMULA ERA BARU PIMPINAN PEPIAS PANDAN YANG DIKETUAI OLEH PENGERUSI PERHUBUNGAN YANG KETIGA SAUDARA MOHAMMAD HAFIZ BIN SHAMON.

DALAM UCAPAN PRESIDEN PEPIAS,SAUDARA ZULHELMI MEMINTA AGAR KERJASAMA DALAM ORAGANISASI PIMPINAN SENTIASA DITITIK BERATKAN KERANA DENGAN KERJASAMA DAPAT MEMUDAHKAN URUSAN BERDAKWAH KEPADA MASYARAKAT TERUTAMA PELAJAR-PELAJAR DI KOLEJ TEKNOLOGI ANTARBANGSA CYBERNATICS ITU SENDIRI,SAUDARA PRESIDEN JUGA TURUT MENGATAKAN KEPADA PIMPINAN PEPIAS PANDAN BAHAWA PIMPINAN YANG BARU DIBENTUK

SEBAGAI PERMATA DALAM DEBU,KERANA DALAM KEADAAN SEKARANG INI BELIA-BELIA DI SEKITAR TAMAN MALURI TERUTAMANYA, MEMERLUKAN SEKUMPULAN BELIA ISLAM UNTUK MEMBANTU MEREKA UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERGUNA KEPADA MASYARAKAT,KELUARGA DAN ISLAM ITU SENDIRI…

DALAM UCAPAN PENANGGUHAN YDP PEPIAS PANDAN YANG BARU,SAUDARA MOHAMMAD HAFIZ,BELIAU MEMINTA KEPADA SAF PIMPINAN YANG BARU SUPAYA BERSATU DAN BEKERJA KERAS UNTUK MEMANTAPKAN LAGI KERJA DAKWAH DENGAN CEMERLANG SEKALI.. SAUDARA YDP TURUT MENYAMPAIKAN BEBERAPA MUTIARA KATA YANG BOLEH MENGAMBARKAN KEPIMPINAN SETIAP ORANG.

Wednesday, February 24, 2010

Pimpinan PEPIAS Cawangan Pandan Sesi 2010.


YDP PEPIAS PANDAN: MUHAMMAD HAFIZ

TIMBALAN YDP: YUSUF BUDIMAN BIN MARZUKI

KETUA HELWANI: MUZAIBA

PENOLONG KETUA HELWANI: HALIMATUN SAADIAH

SETIAUSAHA: NUR AQIDAH

BENDAHARI:NUR HIDAYAH

PENOLONG BENDAHARI: NURUL ATIKAH

EXCO TA’DIB DAN DAKWAH: LUKMAN

PENOLONG EXCO TA’DID DAN DAKWAH: MUHD AL-FARHAN

EXCO LATIHAN DAN KEPIMPINAN: NOOR FAIZAH

PENOLONG EXCO LATIHAN DAN KEPIMPINAN: AMIRUL

EXCO PERHUBUNGAN PEPIAS PANDAN: MOHAMMAD SYAFIQ

Monday, February 22, 2010

persiapan muktamar

tarikh:22/02/2010

tempat:medan selera taman maluri

masa:8.00mlm

aktiviti:persiapan muktamar

persiapan muktamar telah diadakan pada malam ini,mereka yang terlibat pada malam ini ialah bakal-bakal saf kepimpinan pepias cawangan pandan,turut serta dalam persiapan ialah murabbi pepias cawangan pandan iaitu saudara syamel.saudara syamel telah memberi kata-kata semangat kepada saf kepimpinan yang bakal mengambil alih kepimpinan dari saf pimpinan yang lepas..dalam katanya,saudara syamel telah meminta kepada saf pimpinan yang baru agar sentiasa bersatu demi dakwah yang pepias pandan sedang juangkan.