sewaktu menerima hakikat pengertian iman dan islam daripada Allah SWT menerusi perantaraan jibril a.s,Baginda Nabi SAW juga diberikan kefahaaman tentang 'ihsan'yang menjadi induk akhlak dan perlakuan insan muslim yang sempurna.
Apa itu ihsan?
bahasa-ihsan membawa maksud membuat sesuatu yang baik
syarak-peribadatan insan terhadap Allah(penciptaNya) seolah-olah dia melihat Allah.Seandainya dia tak dapat melihat Allah,maka yakinlah bahawa Allah melihat dirinya,ibadahnya dab mengetahui isi hatinya
'IHSAN' boleh diumpamakan dalam kehidupan ini sebagai seseorang yang melakukan gerak kerja harian dan merasakan ada pihak yang sentiasa memerhatikan segala perbuatan yang dilakukan..
Firman Allah swt dalam surah Al-Isra'ayat7:
'jika kamu b'buat kebaikan (maka manfaat)kebaikan yang dilakukan itu akan kembali kepada diri kamu.Dan jika kamu b'buat kejahatan,maka kesannya kembali juga kepada kamu
kesimpulannya,melakukan kebaikan dan mnegalakkan(amar ma'ruf) dan menjauhi kejahatan(nahi mungkar)merupakan antara dua perkara yang berkait-rapat dalam melaksanakan gerak kerja dakwah.
Dengan segala penjelasan ini terbuktilah bahawa konsep Ihsan ini amat penting.
semoga penjelasan ini juga akan menambahkan lagi kefahaman kita mengapa pentingnya
konsep ihsan ini untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian
'keperibadian yang mulia beermula dari akhlak dan niat yang suci'
ALLAHHU A'LAM
No comments:
Post a Comment