PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Wednesday, February 9, 2011

Meeting Pertama Mini Tamrin Cawangan Pandan

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, walau tidak semua pimpinan hadir di atas sebab2 yang tertentu, meeting ini tetap berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih kepada Murabbi (Abg. Hafiz) dan Pen.Murabbi (Kak Khaulah) kerana sudi meluangkan masa bersama barisan pimpinan dan sekali gus mencurahkan idea serta pendapat yang lebih bernas kepada kami agar Mini Tamrin kali ini dapat mencapai objektifnya dan setiap pergerakan berjalan dengan lancar.

Berikut adalah cadangan tentang Mini Tamrin Cawangan Pandan ;

Tarikh : 18-20 Feb 2011
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Masjid Azzubair Ibnul Awwam
Sasaran : Pelajar IPTA/IPTS sekitar Taman Maluri, Cheras