PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Wednesday, February 25, 2009

Thursday, February 19, 2009

sikap lemah lembut...

salam.. sering didengar di telinga yang mana, jika seseorang itu bersikap lemah lembut atau terlalu baik, maka akan dipijak kepalanya atau dipermainkan. sebenarnya sifat lemah lembut tidak ada salah nya pun klu kita nak amalkan didalam kehidupan seharian. kerana sifat lembut boleh kita anggap seperti air. air ini jika berhadapan dengan api, sudah pasti padam api tu, dan air jika menitis di atas batu yang sifatnya keras skalipun pasti boleh membuat batu tersebut berubah bentuk. lihatlah betapa kuatnya kuasa air yang dicipta dengan kebijaksanaan Allah.. begitulah diibaratkan dengan sifat lemah lembut ini. hal yang sy bicarakan ini, bukan sengaja direka oleh sy, tetapi ada hadist dari junjungan kata Nabi Muhammad s.a.w yang menceritakan betapa pentingnya sifat lemah lembut ini ada didalam diri seseorang manusia itu. Hadist Nabi tersebut seperti ini.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.”


Huraian
1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda

jadi sudah terang lagi bersuluh yang menunjukkan kehebatan sikap lemah lembut ini. tapi adakala kita perlu tegas tetapi bukan garang mengikut keadaan situasi..

cerita dongeng yang memberi banyak maksud...

hari tu ana dengan bapol bersembang di seketriat pepias di kg cangkat..sambil bersembang tu terbace la satu kisah.kisah die macam nie..ada seekor tikus nie.die tinggal di rumah seoarng ahli sihir.satu hari si tikus nie pergi la berjalan-jalan.dalam mase di berjalan tu,tiba-tiba ada seekor kucing yang ternampak si tikus nie..lalu si kucing ni terus mengejar si tikus..habis badan si tikus calar-balar akibat di cakar oleh si kucing ini.tapi si tikus ni bernasib baik.si tikus ni dapat menyelamatkan dirinya.setiao hari si tikus ni di kejar oleh si kucing.si tikus ni sudah tidak tahan atas apa yang telah berlaku ke atas dirinya itu.lalu si tikus ni terus berjumpa lalu menceritakan kisah yang berlaku pada dirinya itu.setelah sitikus ini menceritakan kisahnya itu,si tikus ini meminta satu permintaan kepada ahli sihir ini."tolong la aku.aku dah tak tahan sangat-sangat.habis badan aku luka-luka."lalu ahli sihir ni pun berkata."apa yang engkau mahukan?"lalu kucing itu pun memberitahu "boleh tak engkau tukarkan aku menjadi seekor kucing, yang dua kali ganda besarnya dari kucing yang mengejar aku itu".lalu ahli sihir itu pun bersetuju lalu menukarkannya menjadi seekor kucing yang bsar.dengan perasaan dendam yang membara sitikus yang menjadi kucing itu terus mengejar si kucing.habis badan sikucing itu dikerjakannya.selepas dendamnya terbalas die pun terus pergi bersiar-siar sambil menghirup udara yang segar dalam keadaan yang ego,bongkak dan sombong.kitika sikucing ini berjalan-jalan,tiba-tiba ada seekor anjing yang garang.lalu anjing itu terus mengejar si kucing itu.dalam keadaan kesakitan..sikucing itu terus brjumpa dengan ahli sihir itu.lalu berkata"tolong...tolong aku.badan aku sakit.aku di kejar oleh seekor anjing".seperti biasa.si kucing itu membuat satu permintaan."wahai ahli sihir.tolong la tukakarkan aku kepada seekor anjing yang dua kali besar dari anjing yang mengejar aku tadi".lalu si ahli sihir ini terus menukarkan si kucing ini menjadi seekor anjing yang dua kali besar dari anjing yang mengejarnya tadi.maka jadi si kucing itu seekor anjing yang besar.lalu sianjing terus mencari anjing yang mengejarnya tadi.dengan perasaan bangganya anjing yang mengejarnya tadi habis dipukul sehinggalah anjing itu menemui ajalnya.selepas tugas si anjing ini selesai,lalu si anjing ini pergi bersiar-siar ditaman.lalu si anjing ini terus menyalak kerana gembira dan bonkaknya.ketika sianjing ini menyalak.ada ssekumpulan budak-budak nakal.kerana bengang terhadap si anjing ini menyalak,maka sekumpulan budak-budak nakal ini terus membaling batu dengan sekuat hati.lalu terkernalah badan si aniing ini.si anjing ini terus berlari dalam keadaan kesakitan.si anjing ini pergi la berjumpa dengan ahli sihir ini buat kali ke tiga."tolong..tolong..tolong aku wahai ahli sihir,aku di baling batu oleh sekumpulan budak nakal..tolong la aku.."lalu si anjing ini meminta permintaan buat kali yang ke tiga"boleh tak engkau jadikan aku..."belum selesai si anjing ini menamatkan kata_katanya.ahli sihir ini terus menyampuk"tak payah la aku nak ubahkan engkau menjadi apa sekalipun,selagi hati engkau sama dengan hati tikus.."terkedu si anjing ini mendengarnya...inilah kisahnya..ape yang dapat kita kaitkan dalam kisah ini ialah semua perkara yang kita lakukan semuanya berpandukan pada hati kita..kalau niat kita berdakwah kerana allah.maka kita akan dapat kerdhaan allah..yang penting kita tanya pada hati kita ini,apa yang telah kita lakukan.adakah berlandaskan syariat,adakah kita sudah melakukan yang terbaik,tepuk dada tanya hati..hehehe....

pengerusi perhubungan pandan
syaifusyafiq b. shaifuddin