PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Wednesday, December 22, 2010

PRA-Meeting Kali Ke-2.

ALHAMDULILLAH, PRA-Meeting kali ini murabbi PEPIAS cawangan Pandan, abang Muhammad Hafiz b. Mohamad Shamon telah meluangkan masa bersama dengan sebahagian ahli pimpinan PEPIAS cawangan Pandan bagi melicinkan lagi gerak kerja Biro Latihan dan Kepimpinan (BLK) sebelum dikemukakan kepada ahli pimpinan PEPIAS cawangan Pandan yang lain.

Di samping itu, murabbi juga ada menekankan tentang 'jobscope' yang perlu difahami oleh kami sebelum induksi nanti.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada murabbi kami kerana sanggup meluangkan masa. Terima kasih juga kepada Setiausaha Agung PEPIAS kerana telah memberi sedikit sebanyak pendapat sepanjang PRA-Meeting kali ke-2 ini serta tidak lupa kepada ahli pimpinan PEPIAS cawangan Pandan yang terlibat.

Barakallahu Fikum.

No comments: