PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Tuesday, December 7, 2010

Muktamar Agung Tahunan PEPIAS 19 (MATP 19)

ALHAMDULILLAH , bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana Muktamar Agung Tahunan PEPIAS (MATP 19) telah berlangsung dengan jayanya di UIA Gombak pada 3, 4 & 5 Disember 2010.

Di kesempatan itu , kami dari PEPIAS cawangan Pandan seramai lebih kurang 30 orang turut menyertai majlis ilmu itu. Pelbagai slot aktiviti telah di sediakan. Pertandingan Amal Islami juga turut di langsungkan pada 4hb Disember 2010. Antara aktiviti pertandingan yang diadakan ialah, Nasyid (HELWANI), Debat ala Parlimen, Hafazan Al-Quran dan Kuiz IQ.

Peserta-peserta Pertandingan Amal Islami wakil PEPIAS cawangan Pandan ialah ;

Hafazan Al-Quran :
Lukman b. Saini (Hafazan Lelaki)
Aiman Ain bt. Azahar (Hafazan Perempuan)

Kuiz IQ :
Humaizah bt. Hasan Basri
Hanis Zawani bt. Mobidin
Ahmad Naim Sallam b. Che Hashim
Khairudin b. Rosli

Debat ala Parlimen :
Muhammad Al-Farhan b. Halit
Nur Aqidah bt. Mawardi
Muhammad Affit b. Abd. Rahim
Mohd. Nassir b. Manca

Nasyid (HELWANI) :
Nur Aisyah bt. Ahmad Suaidan
Nurul Atikah bt. Musharuddin
Nor Sulaiha bt. Md. Sukri
Nur Sakinah bt. Azarae
Uzee Afiqa bt. Azman

PEPIAS cawangan Pandan telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan hafazan, johan dalam pertandingan nasyid serta vokal dan persembahan terbaik. TAHNIAH kepada semua!

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua ahli pimpinan dan ahli PEPIAS cawangan Pandan kerana telah bertungkus lumus dalam memberikan komitmen yg sepenuhnya sepanjang MATP 19 ini. Semoga PEPIAS cawangan Pandan terus mara di persada dakwah, amin. Selamat maju jaya!

No comments: