apa itu iman?
dari segi bahasa:iman membawa maksud percaya,yakin dan membenarkan..
dari segi syarak: kepercayaan yang terbitnya daripada hati seseorang iaitu mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa yang dibawa oleh baginda rasulullah saw adalah benar dan datangnya daripada Allah swt..
maka ilmu yang kita bincangkan ini adalah untuk menyempurnakan pengenalan.justeru itu,orang lelaki yang beriman disebut mukmin manakala orang perempuan yang beriman pula disebut mukminah.
maksud firman Allah swt: maka sesiapa yang tidak percayakan kepada taghut dan beriman kepada allah,maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan(tali agama)yang kukuh teguh,yang tidak akan terombak(putus). dan ingatlah Allah maha mendengar lagi maha mengetahui
(surah al-baqarah:256)
rukun iman
percaya pada Allah
percaya pada malaikat
percaya pada kitab
percaya pada rasul
percaya pada hari kiamat
percaya pada qada' dan qadar
apa itu islam?
beerti tunduk dan patuh menurut segala peraturan dan panduan zahir serta batin yang dibawa oleh baginda Rasulullah saw
iman dan islam tidak boleh diceraikan untuk memperolehi pelepasan azab di akhirat nanti..
keistimewaan islam
1.memperbaiki kepercayaan dan memperkuatkan keyakinan atau aqidah kepadazat Allah swt yang maha esa
2. menghapuskan kepercayaan kepada yang lain selain Allah swt
3.mengatur cara beribadat kepada Allah swt
4.mengaturkan cara-cara perhubungan kehidupan manusia
5.mengatur hukum-hukum keseksaan /jinayat yang sesuai dengan manusia
6.mengatur hukum keadilan kekeluargaan dan keturunan
7.mempertinggi akhlak manusia
8.mengatur hukum-hukum yang berhubung dengan kebendaan
rukun islam
mengucapkan dua kalimah syahadah
mendirikan solat lima waktu
berpuasa di bulan ramadan
menunaikan zakat
mengerjakan haji(bagi yang berkemampuan)
PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PENGENALAN PEPIAS
Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment