PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Wednesday, December 24, 2008

Renungan

assalammualaikum..

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar
.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

jadi kita ada akal yang cukup sempurna, fikir-fikirkan lah, adakah kita telah bersedia untuk menghadapi yang Maha Pencipta disana nanti.. wasalam...

Tuesday, December 23, 2008

Satu Amalan Nilainya Syurga

Dipadang Mahsyar segala amalan manusia ditimbang oleh Allah. Mana yang lebih banyak pahala dimasukkan ke syurga sementara yang berat timbangan dosa akan dihumban ke neraka. Seorang hamba Allah didapati kurang satu amalan (mata) saja untuk melayakkan dia masuk ke syurga.
Jika mengikut perkiraan, dia adalah calon neraka tapi Allah Maha Penyayang akan hambanya. Allah memerintahkan orang itu mencari satu lagi mata untuk melayakkan dia ke syurga puas dia merayau dan mengemis dari seorang ke seorang untuk mendapatkan satu kebajikan saja namun hampa. Masing-masing memerlukan satu kebajikan. Kesemuanya menyatakan nasib mereka belum menentu, bagaimana hendak memberikan satu pahala.
Namun dia tidak berputus asa, akhirnya berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bersimpati dengannya. Hamba Allah itu menyatakan hidupnya bergelumang dosa dan sepanjang hidupnya hanya membuat satu kebajikan saja. padanya satu pahala itu tidak membawa sebarang makna, kerana menyangkakan dia akan masuk ke dalam neraka akhirnya, oleh sebab simpatinya kepada orang itu, dia memberikan satu pahala itu kepadanya.
Dengan gembira yang tidak terhingga dia kembali menhadap Allah membawa pahala tersebut dan menerangkan apa yang berlaku. Oleh kerana sikap penderma yang pemurah itu dan kebajikan yg dilakukannya, Allah menyuruh orang itu mencari penderma berkenaan untuk dimasukkan bersamanya ke dalam syurga.

MORAL & IKTIBAR

- Allah bersifat dengan AR-RAHIM
- Jangan remehkan kebajikan walaupun hanya satu amalan sunat.
- Satu kebajikan amat berat timbangannya di sisi Allah. satu amalan boleh meletakkan diri sama ada di syurga atau neraka.
- orang yang pemurah akan dirahmati Allah yang bersifat denganPemurah.
- penghakiman di akhirat amat teliti serta berlandaskan keadilan yang hakiki.
- dipadang mahsyar semuanya nafsi-nafsi, masing-masing mahu melepaskan diri dari azab yang pedih.

PEPIAS

PEPIAS merupakan akronim daripada nama Persatuan Kebajikan Dan pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan. PEPIAS telah bertapak sebagai penubuhan yang sah pada tanggal 1 OKTOBER 1992 setelah mula bergerak sejak 1971.
PEPIAS berasaskan DUA GAGASAN iaitu KEBAJIKAN dan PENDIDIKAN ISLAM.

di cawangan cheras Pepias telah mula bertapak pada tanggal mei 2008. dan pada mulanya dinaungi oleh 9 orang. sehingga ke hari ini ahli dicawangan cheras meningkat, walaupun tidak ramai namun peningkatan itu adalah satu petanda positif yang mana menunjukkan semangat pepias semakin dapat menusuk ke dalam hati para sahabat yang menuntut ilmu bersama kami di kolej teknologi antarabangsa cybernatics.