PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Sunday, May 30, 2010

Semester Baru Semakin Tiba, Cybernatics Kini Menunggu Kepulangan Pelajar-Pelajarnya.

Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics kini menunggu kepulangan pelajar-pelajarnya yang kini sedang bercuti setelah melalui semester yang begitu panjang yang bermula pada pertengahan bulan 12 haribulan tahun lalu sehingga bulan april 2010, pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang semester itu berlangsung.

Kini, pelajar-pelajar Cybernetics akan pulang untuk meneruskan semester seterusnya pada 12 Julai 2010. Manakala, sesi pendaftaran semester bagi pelajar-pelajar yang baru adalah lebih awal daripada pelajar-pelajar senior.

Selamat datang PEPIAS Pandan ucapkan kepada pelajar-pelajar baru ke Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics ini. Tanamkan tekad anda untuk mencapai kejayaan yang cemerlang ke dalam diri anda semua.

No comments: