PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PENGENALAN PEPIAS
Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.
Saturday, March 20, 2010
Hati
jika dipersoalkan tentang hati. Terlalu luas untuk dibincangkan kerana soal hati merangkumi pelusuk alam. Jika dikatakan semua perbuatan bermula dengan hati, sebagai contoh:
a) tak sedap hati
b) hari ini hati aku tenang
c) hati batu
d) hati lembut
e) hati-hati
f) hati ku sakit
dan lain-lain contoh. Adakah hati itu boleh jadi batu? apabila diperiksa adakah hati itu telah rosak? sudah semestinya doktor mengatakan "ko gila ke"!!!
disinilah yang ingin dimaksudkan hati itu boleh katakan semua perbuatan bermula dengan hati. Hati yang keras blh dilembutkan dengan akhlak yang baik seperti tanah yang keras dilembutkan dengan air.
Hati itu boleh diibaratkan seperti "cawan"?? bagaimana??
jika cawan yang tidak diisi dengan air dan disimpankan didalam almari sebagai perhiasan, apakah akan jadi pada cawan tersebut? mestilah dipenuhi dengan sarang labah. Seperti itulah hati yang kosong dan tidak diisi dengan ilmu, pegalaman dan sebagainya. Jika hati yang kosong maka kehidupan seseorang itu ibaratkan seperti tidak ada hala tujuan.
Bagaimana ingin rawat hati yang sunyi dah sedih?
1) sebagaimana Rasulullah s.a.w lakukan sebelum datangkan wahyu pada beliau, iaitu bersunyikan diri(berkhalwat). Dengan cara ini, jika hati kita yang sedang sunyi dah bersedih maka bersunyikan diri anda. Tetapi bersunyikan diri adalah untuk memotivasikan diri supaya lebih hebat dari itu. sentiasalah bermotivasikan diri setiap pagi untuk bangkit dari kejatuhan.
2) adakah islam melarang seseorang untuk menagis? sudah semestinya tidak. Dengan menagis dapat menenagkan hati dan jiwa yang sedang gelisah. Tetapi tangisan itu mestilah bersertakan semangat yang baru. sebagaimana yang dipetik dari buku "jangan bersedih" yang mengatakan "biarkan benda yang dah berlalu terus berlalu, bina kehiduapan yang baru untuk menjadi lebih baik"
3) tips lain untuk merawat hati yang sedang membara adalah dengan senyuman. Abu Darda' r.a sempat berkata " sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku" malah sesekali Rasulullah s.a.w pun akan tertawa hingga tampak gerahamnya. tetapi tertawa yang banyak akan mematikan hati. oleh yang demikian, islam tidak melarang untuk tertawa, tetapi tertawa biarlah berpada-pada jangan semua benda menjadi bahan ketawa.
4) tips diatas bukan untuk mengetepikan Al-Quran sebagai ibu pengubat hati. Al-Quran juga sebagai pengubat hati. Disebabkan itulah Al-Quran dinamakan Al-Syifa'. Jika hati yang gelisah, membara, sunyi dan sebagainya maka kembalilah anda kepada Tuhan pencipta manusia. Tidak ada sesiapa yang akan dapat membantu diri sendiri dalam kesusahan melainkan Allah dan diri sendiri.
sebagai kesimpulan hati yang sunyi,gelisah,membara dan sebagainya dapat diubatkan dengan cara yang berfaedah malah berkesan. Hati yang kosong tidak semestinya dengan cara makan, dan berhibur dengan cara yang berlebih-lebihan. kerana ia tidak befaedah malah perbuatan yang melalaikan. Hati yang bersih dapat mengubat jiwa-jiwa yang kosong.
(BIRO TA'DIB DAN DAKWAH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment