PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Friday, December 31, 2010

Meeting Final Touch Induksi - 29 Dis 2010

Alhamdulillah, meeting yang bermula pada jam 6petang walau tidak dapat dimulakan pada masa yang ditetapkan, meeting final touch untuk induksi telah berjalan dengan lancar. Meeting yang dihadiri oleh semua barisan pimpinan 2010/2011 beserta murabbi ini berakhir lebih kurang pada jam 8.30malam.

Terima kasih kepada murabbi kerana masih meluangkan masa untuk terlibat di dalam meeting ini walaupun hanya sekejap sahaja kerana beliau ingin ke usrah pusat. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan diatas komitmen beliau.

Dengan kerjasama yang penuh dari barisan pimpinan, perancangan yang rapi telah dirangka untuk melicinkan lagi setiap detik program induksi kami itu. Semoga meeting kami diberkati olehNYA, amin.

No comments: