PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Sunday, January 30, 2011

PKPIM - Hidup Biar Berjasa

Tarikh : 29 Januari 2011
Tempat : Dewan Gemilang , UM

Syukur sekali lagi kerana PEPIAS Pandan dapat juga menghantar wakil ke Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas 50 Tahun & Kempen Islam Warnai Hidupku - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) walaupun Cybernetics kini sedang bercuti pertengahan semester. Antara ahli PEPIAS Pandan yang turut menjayakan majlis ini ialah ;

1. Lukman bin Saini
2. Nurul Atikah binti Musharuddin
3. Muhammad Haikal bin Dziauddin
4. Mohd Raufa Aminuddin bin Abdul Raub
5. Ameer Haqim bin Alissak
6. Muhammad Affit bin Abdul Rahim
7. Renapuspita Dewi
8. Siti Noor Khairunnisa' binti Mohd Ali

"Hidup Biar Berjasa"

PEPIAS Pandan Menyahut Seruan KELAPE

Tarikh : 21-23 Januari 2011
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Masjid Al-Azim, Pandan Indah

ALHAMDULILLAH , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana program KELAPE pada kali ini berjalan dengan lancarnya. PEPIAS Pandan menyahut seruan KELAPE dengan bilangan wakil yang paling ramai iaitu lebih daripada 20 orang. Segala input yang kami perolehi akan kami kongsikan bersama sahabat-sahabat yang tidak dapat meyertai KELAPE dan juga akan kami praktik kan di dalam kehidupan seharian kami, insyaALLAH. Semoga PEPIAS terus maju di persada dakwah. Amin.

Tuesday, January 18, 2011

" UMAT YANG SUPER "

" Umat nabi Muhammad adalah satu umat yg SUPER. Mereka bermula dari zero kemudian berubah menjadi hero. Pada peringkat awl umat ini dianggap sprt tunggul, tiba2 ia berubah mnjdi unggul. kemudiannya,umat super ini b'jaya mengubah dunia. Berhubung dgn kejayaan ini, A.M Lothrop Stoddard di dlm The News World of Islam ( Ross & Peery, New Jersey, 2002) berkata.* kebangkitan islam merupakan satu epidod yg pling mengagumkan dlm sejarah manusia. Ia lahir di bumi yg tdak terkenal kemudian dlm jngka masa hanya satu abad ia berkembang sehingga separuh alam. Dalam proses itu, ia meruntuhkan empayar2 besar dan serentak dgn itu membentuk hati2 manusia shgga akhrnya b'jaya menegakkan dunia baru iaitu DUNIA ISLAM *
Umat ini mnjadi SUPER krna mereka benar2 beriman serta berpegang teguh dgn ajaran islam. Allah menyatakan dlm surah Ali Imran ayat 139 yg bermksud..( " dan jgnlah kamu berasa lemah dan jgnlah bersedih hati, padahal kamulah org2 pling tggi ( darjatnya ) jika kmu beriman " ) "

Monday, January 17, 2011

" FAKTA PELIK TAPI BENAR.. "

Dalam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Allah, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan. Semoga dapat menambahkan keimanan kita selaku Hamba Allah.

*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia.

*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

*Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

*Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

*Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

*Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

*Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

*Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

Friday, January 14, 2011

Kem Kejurulatihan Da'ie Muda

PEPIAS cawangan Pandan telah menghantar wakil seramai 6 orang ke Kem Kejurulatihan Da'ie Muda yang telah di anjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Kolej Darul Hikmah, Kajang pada 7 - 9 Jan 2011. Antara wakil-wakil dari cawangan Pandan ialah ;
  1. Lukman bin Saini
  2. Nurul Atikah binti Musharuddin
  3. Muhammad Afiq bin Mustapa
  4. Nor Sulaiha binti Md. Sukri
  5. Muhammad Haikal bin Dziauddin
  6. Muhammad Affit bin Abd Rahim
Alhamdulillah, mereka semua telah mendapat banyak input yang sangat berguna dari kem itu. Semoga mereka menjadi da'ie yang berjaya. Amin.

Girls Gathering (GIGA) 31 Dis 2010 - 1 Jan 2011

Alhamdulillah, walaupun PEPIAS cawangan Pandan sedang berinduksi, tetapi dengan semangat dan kerjasama yang ada, Pandan berjaya menghantar wakil untuk ke GIGA supaya GIGA tidak sepi tanpa kehadiran Pandan.



Induksi 31 Dis 2010 - 2 Jan 2011