PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Sunday, May 30, 2010

Semester Baru Semakin Tiba, Cybernatics Kini Menunggu Kepulangan Pelajar-Pelajarnya.

Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics kini menunggu kepulangan pelajar-pelajarnya yang kini sedang bercuti setelah melalui semester yang begitu panjang yang bermula pada pertengahan bulan 12 haribulan tahun lalu sehingga bulan april 2010, pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang semester itu berlangsung.

Kini, pelajar-pelajar Cybernetics akan pulang untuk meneruskan semester seterusnya pada 12 Julai 2010. Manakala, sesi pendaftaran semester bagi pelajar-pelajar yang baru adalah lebih awal daripada pelajar-pelajar senior.

Selamat datang PEPIAS Pandan ucapkan kepada pelajar-pelajar baru ke Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics ini. Tanamkan tekad anda untuk mencapai kejayaan yang cemerlang ke dalam diri anda semua.

Friday, May 28, 2010

KKPI Kini Kembali.

Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI) akan diadakan pada 9-11 julai bagi zon Utara. Terdapat 4 cawangan akan terlibat dalam Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI) kali ini iaitu, Cawangan Gombak, Cawangan Petaling Jaya, Cawangan Pandan dan Cawangan Shah Alam.

Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI) merupakan satu program yang diadakan untuk memberi bimbingan kepada bakal pemimpin di sekolah. Pelajar yang terlibat di dalam program ini ialah bakal-bakal pemimpin sekolah (pengawas sekolah) dan pemimpin yang akan membantu rakan-rakan mereka jika ada masalah (PRS).

Dengan program ini, kita mahu melihat bakal pemimpin dapat dilahirkan bagi memastikan kecemerlangan mereka pada suatu hari nanti.

Dengan Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI) ini, dapatlah setiap cawangan bekerjasama dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Thursday, May 20, 2010

Induksi PEPIAS Cawangan Pandan.

Inilah wajah-wajah ceria kami sewaktu mengikuti Program Induksi PEPIAS Cawangan Pandan. Sekalung ucapan terima kasih kami ucapkan kepada mantan PEPIAS Pandan kerana telah menjayakan program ini dengan jayanya. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala jasa kalian. Akhir kata, kalian sentiasa di hati kami semua. PEPIAS Cawangan Pandan Terhebat!!! TAKBIR!!! ALLAHU AKBAR!!!

Monday, May 3, 2010

Selamat Bercuti :)

Salam ukhuwah kepada sahabat PEPIAS Cawangan Pandan. Selamat bercuti semester, semoga sihat di samping keluarga tercinta. Kepada mantan PEPIAS Cawangan Pandan, selamat menjalani praktikal, semoga dapat merempuh segala halangan dalam tempoh praktikal nanti.

Tak lupa juga kepada pimpinan PEPIAS Cawangan Pandan, bersiap sedia untuk menjalankan tugas dan program di kawasan Taman Maluri.

Jumpa lagi pada semester baru :)

Program Smart Solat di SMK Dato' Ahmad Razali, Ampang.

Tanggal 24/4/2010, seramai 4 orang ahli PEPIAS Cawangan Pandan telah mewakili PEPIAS Cawangan Pandan ke Program Smart Solat yang diadakan di SMK Dato' Ahmad Razali, Ampang yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM). Program ini telah di ketuai oleh abang Khairul Anwar dan turut dijayakan oleh seramai 35 orang fasilitator.

Program ini telah berlangsung pada pukul 9.00pagi dan di mulakan dengan sesi ta'aruf antara fasilitator dengan peserta. Aktiviti seterusnya pula adalah pembahagian kumpulan dan diikuti dengan ceramah tentang solat yang telah disampaikan oleh abang ustaz. Program ini telah tamat dengan jayanya pada pukul 6.00ptg.

Senarai nama ahli PEPIAS Cawangan Pandan yang terlibat:

Muhammad Syafiq bin Ibrahim
900316-14-5163

Lukman bin Saini
910424-14-6445

Ramizi bin Tapa
910108-13-6317

Mohammad Amirul Fadzhil
910419-08-5887