PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Saturday, December 25, 2010

Meeting Kali Ke-2 Buat Pimpinan Baru PEPIAS Cwgn. Pandan 2010/2011

Bismillahirrahmanirrahim.

ALHAMDULILLAH, meeting yang berjalan selama lebih kurang empat jam membuahkan hasil yang sangat lumayan buat kami.

Antara agenda yang telah dibincangkan oleh kami ialah ;

1. Pengenalan PEPIAS (Visi, Misi, Halatuju, 7 Budaya)

Ini adalah bertujuan untuk barisan pimpinan terlebih dahulu memahami dan mengenali PEPIAS sebelum menjalankan apa-apa tugas yang akan dijalankan nanti. Dengan penjelasan yang sangat bernas oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan cawangan Pandan, agenda pertama berjalan dengan lancarnya. Alhamdulillah.

2. Perancangan untuk Induksi

Perbincangan ini telah dikendalikan oleh Pengerusi Perhubungan PEPIAS cawangan Pandan. Antara perancangan yang telah kami bincangkan ialah ;

Tarikh : 31/12/10-2/1/11 atau 14/1/11-16/1/11
Tempat : PULPA, Changkat atau Masjid Darussalim
Makanan : Masak sendiri atau khidmat 'catering'

Setelah dibincangkan dan mendapat cadangan dari Murabbi dan Pen. Murabbi, kami 'sebuah keluarga' telah bersepakat untuk menjalankan induksi pada 31/12/10-2/1/11 bertempat di PULPA, Changkat di samping ingin menghidupkan kembali fungsi PULPA. Kami juga telah bersepakat untuk masak sendiri bagi makanan untuk semua yang terlibat pada induksi nanti. Ini kerana, selain menjimatkan kos, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara barisan pimpinan sendiri.

3. Taqwim Perancangan PEPIAS cawangan Pandan

Sekarang tibalah di akhir agenda kami, iaitu perancangan aktiviti kami. Walaupun kami belum lagi berinduksi, tetapi semangat kerjasama dan sikap tolak ansur yang ada dari barisan pimpinan, Taqwim PEPIAS cawangan Pandan dapat juga di rangka dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah kami rancangkan. InsyaALLAH, semoga semuanya di permudahkan. Amin!

Sebelum menangguh mesyuarat kami, Murabbi telah berkongsi sedikit ilmu kepada kami iaitu tentang Kelemahan Da'ie. Antara kelemahannya ialah ;
  1. Sentiasa berada dalam keadaan selesa
  2. Menggunakan pendekatan yang lama
  3. Kurangnya ilmu
  4. Kelemahan ekonomi
  5. Menggunakan waktu tertentu sahaja untuk berdakwah
Dengan berakhirnya perkongsian ilmu pada hari itu, maka berakhirlah mesyuarat kami pada kali ini. Semoga semuanya diberkati olehNYA, amin.

No comments: