PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Thursday, March 11, 2010

lembaran baru

PADA TARIKH 23/02/2010 BERMULA SATU LEMBARAN BARU DALAM PEPIAS CAWANGAN PANDAN SETELAH PENGUMUMAN SAF PIMPINAN PEPIAS CAWANGAN PANDAN YANG BARU DIUMUMKAN.

PENGUMUMAN SAF PIMPINAN PEPIAS CAWANGAN PANDAN DIUMUMKAN OLEH SAUDARA PRESIDEN IAITU SAUDARA ZULHELMI BIN ABDULLAH.DENGAN PENGUMUMAN TERSEBUT MAKA BERMULA ERA BARU PIMPINAN PEPIAS PANDAN YANG DIKETUAI OLEH PENGERUSI PERHUBUNGAN YANG KETIGA SAUDARA MOHAMMAD HAFIZ BIN SHAMON.

DALAM UCAPAN PRESIDEN PEPIAS,SAUDARA ZULHELMI MEMINTA AGAR KERJASAMA DALAM ORAGANISASI PIMPINAN SENTIASA DITITIK BERATKAN KERANA DENGAN KERJASAMA DAPAT MEMUDAHKAN URUSAN BERDAKWAH KEPADA MASYARAKAT TERUTAMA PELAJAR-PELAJAR DI KOLEJ TEKNOLOGI ANTARBANGSA CYBERNATICS ITU SENDIRI,SAUDARA PRESIDEN JUGA TURUT MENGATAKAN KEPADA PIMPINAN PEPIAS PANDAN BAHAWA PIMPINAN YANG BARU DIBENTUK

SEBAGAI PERMATA DALAM DEBU,KERANA DALAM KEADAAN SEKARANG INI BELIA-BELIA DI SEKITAR TAMAN MALURI TERUTAMANYA, MEMERLUKAN SEKUMPULAN BELIA ISLAM UNTUK MEMBANTU MEREKA UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERGUNA KEPADA MASYARAKAT,KELUARGA DAN ISLAM ITU SENDIRI…

DALAM UCAPAN PENANGGUHAN YDP PEPIAS PANDAN YANG BARU,SAUDARA MOHAMMAD HAFIZ,BELIAU MEMINTA KEPADA SAF PIMPINAN YANG BARU SUPAYA BERSATU DAN BEKERJA KERAS UNTUK MEMANTAPKAN LAGI KERJA DAKWAH DENGAN CEMERLANG SEKALI.. SAUDARA YDP TURUT MENYAMPAIKAN BEBERAPA MUTIARA KATA YANG BOLEH MENGAMBARKAN KEPIMPINAN SETIAP ORANG.

No comments: