PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Friday, May 28, 2010

KKPI Kini Kembali.

Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI) akan diadakan pada 9-11 julai bagi zon Utara. Terdapat 4 cawangan akan terlibat dalam Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI) kali ini iaitu, Cawangan Gombak, Cawangan Petaling Jaya, Cawangan Pandan dan Cawangan Shah Alam.

Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI) merupakan satu program yang diadakan untuk memberi bimbingan kepada bakal pemimpin di sekolah. Pelajar yang terlibat di dalam program ini ialah bakal-bakal pemimpin sekolah (pengawas sekolah) dan pemimpin yang akan membantu rakan-rakan mereka jika ada masalah (PRS).

Dengan program ini, kita mahu melihat bakal pemimpin dapat dilahirkan bagi memastikan kecemerlangan mereka pada suatu hari nanti.

Dengan Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI) ini, dapatlah setiap cawangan bekerjasama dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.

No comments: