PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Thursday, March 11, 2010

lembaran baru

PADA TARIKH 23/02/2010 BERMULA SATU LEMBARAN BARU DALAM PEPIAS CAWANGAN PANDAN SETELAH PENGUMUMAN SAF PIMPINAN PEPIAS CAWANGAN PANDAN YANG BARU DIUMUMKAN.

PENGUMUMAN SAF PIMPINAN PEPIAS CAWANGAN PANDAN DIUMUMKAN OLEH SAUDARA PRESIDEN IAITU SAUDARA ZULHELMI BIN ABDULLAH.DENGAN PENGUMUMAN TERSEBUT MAKA BERMULA ERA BARU PIMPINAN PEPIAS PANDAN YANG DIKETUAI OLEH PENGERUSI PERHUBUNGAN YANG KETIGA SAUDARA MOHAMMAD HAFIZ BIN SHAMON.

DALAM UCAPAN PRESIDEN PEPIAS,SAUDARA ZULHELMI MEMINTA AGAR KERJASAMA DALAM ORAGANISASI PIMPINAN SENTIASA DITITIK BERATKAN KERANA DENGAN KERJASAMA DAPAT MEMUDAHKAN URUSAN BERDAKWAH KEPADA MASYARAKAT TERUTAMA PELAJAR-PELAJAR DI KOLEJ TEKNOLOGI ANTARBANGSA CYBERNATICS ITU SENDIRI,SAUDARA PRESIDEN JUGA TURUT MENGATAKAN KEPADA PIMPINAN PEPIAS PANDAN BAHAWA PIMPINAN YANG BARU DIBENTUK

SEBAGAI PERMATA DALAM DEBU,KERANA DALAM KEADAAN SEKARANG INI BELIA-BELIA DI SEKITAR TAMAN MALURI TERUTAMANYA, MEMERLUKAN SEKUMPULAN BELIA ISLAM UNTUK MEMBANTU MEREKA UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERGUNA KEPADA MASYARAKAT,KELUARGA DAN ISLAM ITU SENDIRI…

DALAM UCAPAN PENANGGUHAN YDP PEPIAS PANDAN YANG BARU,SAUDARA MOHAMMAD HAFIZ,BELIAU MEMINTA KEPADA SAF PIMPINAN YANG BARU SUPAYA BERSATU DAN BEKERJA KERAS UNTUK MEMANTAPKAN LAGI KERJA DAKWAH DENGAN CEMERLANG SEKALI.. SAUDARA YDP TURUT MENYAMPAIKAN BEBERAPA MUTIARA KATA YANG BOLEH MENGAMBARKAN KEPIMPINAN SETIAP ORANG.

Wednesday, February 24, 2010

Pimpinan PEPIAS Cawangan Pandan Sesi 2010.


YDP PEPIAS PANDAN: MUHAMMAD HAFIZ

TIMBALAN YDP: YUSUF BUDIMAN BIN MARZUKI

KETUA HELWANI: MUZAIBA

PENOLONG KETUA HELWANI: HALIMATUN SAADIAH

SETIAUSAHA: NUR AQIDAH

BENDAHARI:NUR HIDAYAH

PENOLONG BENDAHARI: NURUL ATIKAH

EXCO TA’DIB DAN DAKWAH: LUKMAN

PENOLONG EXCO TA’DID DAN DAKWAH: MUHD AL-FARHAN

EXCO LATIHAN DAN KEPIMPINAN: NOOR FAIZAH

PENOLONG EXCO LATIHAN DAN KEPIMPINAN: AMIRUL

EXCO PERHUBUNGAN PEPIAS PANDAN: MOHAMMAD SYAFIQ

Monday, February 22, 2010

persiapan muktamar

tarikh:22/02/2010

tempat:medan selera taman maluri

masa:8.00mlm

aktiviti:persiapan muktamar

persiapan muktamar telah diadakan pada malam ini,mereka yang terlibat pada malam ini ialah bakal-bakal saf kepimpinan pepias cawangan pandan,turut serta dalam persiapan ialah murabbi pepias cawangan pandan iaitu saudara syamel.saudara syamel telah memberi kata-kata semangat kepada saf kepimpinan yang bakal mengambil alih kepimpinan dari saf pimpinan yang lepas..dalam katanya,saudara syamel telah meminta kepada saf pimpinan yang baru agar sentiasa bersatu demi dakwah yang pepias pandan sedang juangkan.

Saturday, November 7, 2009

Usrah Pepias Pandan.....


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Untuk pengetahuan sidang hadirin hadirat, muslimin muslimat dan saudara saudari yang dirahmati Allah sekalian, kami mengadakan usrah pepias cawangan pandan pada setiap hari selasa pada pukul 5.30 petang bertempat di Medan Selera, Taman Maluri....Mungkin usaha dan ketidakputus asaan para daie-daie ini dalam terus mengadakan majlis-majlis ilmu untuk merapatkan ukhwah silaturrahim disamping menambahkan ilmu pengetahuan ini telah dipermudahkan oleh Allah swt sepertimana yang diberitahu "orang-orang yang membantu agama Allah, Allah akan membantunya"

Kemudahan yang telah diberikan itu adalah merupakan satu nikmat yang amat kami syukuri dimana ia adalah merupakan kemudahan pada tempat usrah kami yang mana tempatnya lebih barakah dan selesa iaitu dari Medan Selera, Taman Maluri kepada di Masjid Imam As-Syafie, Taman Maluri...Syukran Khairan kathira kepada Masjid Imam As-Syafie kerana membenarkan kami mengadakan majlis Ilmu di masjid tersebut...Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas jasa tersebut...Semoga usaha ini diteruskan kearah mencapai tema Muslim yang mengamalkan konsep Islam iaitu Pemuda Hari Ini Pemimpin Masa Hadapan...Insyaallah..





Nasihat melalui wasiat

Wau adalah warak...yang dimaksudkan dengan warak ialah "orang yang senantiasa menjaga perkara-perkara halal dan haram dalam pensyariatan syariat"..Shad ialah sabar...terdapat dua golongan yang Allah menjanjikan martabat darjatnya dilebihkan, yang pertama ialah "ahli syukur" yang mana orang-orang yang diberikan nikmat oleh Allah swt dan dia bersyukur kerana dalam sebuah hadith Nabi saw yang bermaksud "orang yang paling bersyukur kepada Allah swt adalah orang yang banyak berterima kasih kepada manusia"....yang kedua ialah "ahli sabar" yang mana orang-orang yang Allah berikan dugaan, cabaran dan halangan lalu dia bersabar dan Redha dengan dugaan tersebut..kedua-dua golongan inilah yang Allah tinggikan martabatnya..Yaa bermaksud Yakin...setiap orang perlu mempunyai sifat kenyakinan ini agar dapat memberikan motivasi kepada orang lain dan diberikan kepercayaan...Taa bermaksud tawaduq...apabila seseorang itu mempunyai ilmu tapi dia berlagak bodoh, orang akan mendekatinya tetapi jika seseorang itu bodoh tapi berlagak pandai maka orang akan menjauhinya...orang yang diberikan kejayaan dan pujian oleh Allah swt sebenarnya adalah merupakan satu ujian kepadanya sama ada dia akan menjadi seorang yang tawaduq atau orang yang bongkak dan sombong...Ini kerana sifat yang memusnahkan manusia itu ialah seorang yang menjadi bongkak dan takbur.....Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri...semoga wasiat ini dapat kita amalkan, mudah-mudahan kita akan berjaya walau dimana saja pun kita berada....Insyaallah...