PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Saturday, November 7, 2009

Usrah Pepias Pandan.....


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Untuk pengetahuan sidang hadirin hadirat, muslimin muslimat dan saudara saudari yang dirahmati Allah sekalian, kami mengadakan usrah pepias cawangan pandan pada setiap hari selasa pada pukul 5.30 petang bertempat di Medan Selera, Taman Maluri....Mungkin usaha dan ketidakputus asaan para daie-daie ini dalam terus mengadakan majlis-majlis ilmu untuk merapatkan ukhwah silaturrahim disamping menambahkan ilmu pengetahuan ini telah dipermudahkan oleh Allah swt sepertimana yang diberitahu "orang-orang yang membantu agama Allah, Allah akan membantunya"

Kemudahan yang telah diberikan itu adalah merupakan satu nikmat yang amat kami syukuri dimana ia adalah merupakan kemudahan pada tempat usrah kami yang mana tempatnya lebih barakah dan selesa iaitu dari Medan Selera, Taman Maluri kepada di Masjid Imam As-Syafie, Taman Maluri...Syukran Khairan kathira kepada Masjid Imam As-Syafie kerana membenarkan kami mengadakan majlis Ilmu di masjid tersebut...Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas jasa tersebut...Semoga usaha ini diteruskan kearah mencapai tema Muslim yang mengamalkan konsep Islam iaitu Pemuda Hari Ini Pemimpin Masa Hadapan...Insyaallah..





No comments: