PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Friday, January 14, 2011

Girls Gathering (GIGA) 31 Dis 2010 - 1 Jan 2011

Alhamdulillah, walaupun PEPIAS cawangan Pandan sedang berinduksi, tetapi dengan semangat dan kerjasama yang ada, Pandan berjaya menghantar wakil untuk ke GIGA supaya GIGA tidak sepi tanpa kehadiran Pandan.



Induksi 31 Dis 2010 - 2 Jan 2011





Friday, December 31, 2010

Meeting Final Touch Induksi - 29 Dis 2010

Alhamdulillah, meeting yang bermula pada jam 6petang walau tidak dapat dimulakan pada masa yang ditetapkan, meeting final touch untuk induksi telah berjalan dengan lancar. Meeting yang dihadiri oleh semua barisan pimpinan 2010/2011 beserta murabbi ini berakhir lebih kurang pada jam 8.30malam.

Terima kasih kepada murabbi kerana masih meluangkan masa untuk terlibat di dalam meeting ini walaupun hanya sekejap sahaja kerana beliau ingin ke usrah pusat. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan diatas komitmen beliau.

Dengan kerjasama yang penuh dari barisan pimpinan, perancangan yang rapi telah dirangka untuk melicinkan lagi setiap detik program induksi kami itu. Semoga meeting kami diberkati olehNYA, amin.

Mass Gathering - Gombak

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, PEPIAS cawangan Pandan telah menghantar dua wakil untuk menghadiri program 'Mass Gathering - Gombak' pada 28 Disember 2010. Antara wakil yang telah dihantar ialah ;
  1. Muhammad Hafiz b. Mohamad Shamon (Murabbi)
  2. Muhammad Al-Farhan b. Halit (Timb. Pengerusi Perhubungan)
Terima kasih kepada PEPIAS cawangan Gombak kerana sudi mengadakan program seperti ini dan sekaligus telah menjemput kami. Barakallahu fikum!

Monday, December 27, 2010

Seminar "Puteri Solehah Cerminan Islam"

ALHAMDULILLAH, PEPIAS cawangan Pandan telah menghantar wakil seramai 4 orang ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 26 Disember 2010 untuk seminar "Puteri Solehah Cerminan Islam". Antara wakil yang telah dihantar ialah ;
  1. Siti Khaulah bt. Sokhibul Fadhil
  2. Nurul Atikah bt. Musharuddin
  3. Nor Sulaiha bt. Md. Sukri
  4. Noor Zurisha bt. Mohamed Husin

Seminar yang sangat bermanfaat itu di anjurkan oleh ;
  • Cawangan Kebajikan & Khidmat Sosial
  • Masjid Wilayah Persekutuan
  • Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan