"INDAHNYA ISLAM"....itulah tajuk forum yang amat menarik yang telah dibincangkan dan dikupas oleh ahli-ahli panel yang terdiri daripada pelajar CICT Waliudin Abdul, Uztaz Mahfuzan & tetamu khas kami iaitu Sham Kamikazee....
Islam mengatur hidup umat manusia, bukan hanya sebahagian atau kulit saja, tetapi menyeluruh dari hal yang terkecil sampai hal yang paling besar dan ingatlah Islam itu indah, Islam itu fitrah. Islam itu indah kerana IMAN seseorang...
Barangsiapa yang redha terhadap takdir Allah, maka takdir itu tetap berlaku atasnya dan ia mendapat pahala dari Allah. Barangsiapa yang tidak redha terhadap takdir Allah, maka takdir itu tetap berlaku atasnya dan terhapus pahala dari Allah...
Malah, kami ingin mengucapkan terima kasih atas kedatangan Timbala Presiden PEPIAS Muhammad Hafiz B. Mohammad Shamon dan Naib Presiden PEPIAS Muzakkir B. Mohd Noor ke forum ini...:)
carilah ilmu segala kita mampu mendapatkannya..
"Ilmu itu ada dua jenis : Ilmu yang ada dalam hati (disertakan amal), maka itulah yang bermanfaat; dan ilmu (yang hanya) berada di atas lidah (tanpa diamal), maka itulah ilmu (yang menjadi) hujjah Allah (untuk mendakwa kesalahan) terhadap anak Adam." - [Riwayat Ibnu Syaibah dan Al Khatib]
No comments:
Post a Comment