PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PENGENALAN PEPIAS
Monday, February 27, 2012
FORUM SYOKNYA ISLAM 2012
Thursday, February 23, 2012
APAKAH YANG TELAH BERLAKU DI NEGARA SYRIA???
SIAPAKAH BASHAR al-ASSAD???????
Presiden Bashar al-Assad (Presiden sekarang) telah bertindak semakin kejam bagi memastikan kekuasaan yang diwarisi oleh ayahnya, Hafez al Asad sejak 11 tahun yang lalu terus berkekalan.
Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011, Bashar al-Assad telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri (lebih 6,000 menurut Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu) dan mengakibatkan lebih 40,000 orang telah cedera. Itu tidak termasuk daripada lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan. Manakala lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki.
Beliau mewarisi kekejaman diktator seumpama ayahnya Hafez al Assad yang pernah memerintah Syria selama 32 tahun sehingga tahun 2001. Ayahandanya juga pernah membunuh hampir 46,000 ribu orang rakyatnya yang tinggal di Hama, Syria pada tahun 1982 dalam tempoh 27 hari sahaja. Keseluruhan penduduk yang terbunuh ini merupakan penganut Ahlus-Sunnah Wal Jama'ah.
Masyarakat antarabangsa harus menginsafi isu ini dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Bashar al Assad yang terus mendapat sokongan padu daripada Iran dan juga Hizbullah, Lubnan selain daripada mendapat bekalan senjata daripada Rusia dan China.
Gilirannya akan tiba jua
Saya yakin bahawa giliran untuk Bashar al Assad akan tiba sepertimana sekutu-sekutunya yang digulingkan sebelum ini, seumpama Presiden Zainal Abidin Ali di Tunisia, Gaddafi di Libya dan juga Presiden Hosni Mubarak di Mesir.
Saidina Ali bin Abi Talib R.A pernah berkata:
"Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya."
Malahan kata-kata Saidina Ali R.A itu bertepatan dengan firman Allah S.W.T di dalam surah al-Israa' ayat 81 yang bermaksud:
"Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap."
Teruskan ambil peduli dan doakan untuk saudara seaqidahmu di Syria.....Janganlah kita terleka dengan nikmat ALLAH kerana sifat itu hanya sementara sahaja dan hanya pinjaman cuma.....pandanglah dibelakang kamu walaupun sebentar kerana ada lagi saudara kita yang masih hidup dalam ketakutan dan kesengsaran...Muhasabahlah diri sahabat sekalian walaupun seketika cuma.....:)
Wallaahu a'lam....
KONVEKSYEN BIDADARI DUNIA 2012
ASSALAMUALAIKUM...:)
Wahai bidadari yang anggun lagi menawan sekalian...
Marilah kita beramai2 mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak I LUV ISLAM yang dikhususkan hanya para WANITA sahaja...
Antara para panelnya ialah Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Prof. Madya Dr. Syarifah Hayati Syed Ismail Bistari, Dato' Siti Nor Bahiyah Mahmood, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, Catriona Norhayati Ross Bahrin, Irma Hasmie Ibrahim, Fatimah Syarha Mohd Noordin (Pengarang Novel Islamik Terkenal) dan ramai lagi....
Untuk makluman yang lanjut layarilah http://www.iluvislam.com/
Ayuh!!!!!
bidadari sekalian kita gegarkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 24 & 25 MAC 2012....:)