PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PENGENALAN PEPIAS
Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.
Saturday, November 7, 2009
Usrah Pepias Pandan.....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Untuk pengetahuan sidang hadirin hadirat, muslimin muslimat dan saudara saudari yang dirahmati Allah sekalian, kami mengadakan usrah pepias cawangan pandan pada setiap hari selasa pada pukul 5.30 petang bertempat di Medan Selera, Taman Maluri....Mungkin usaha dan ketidakputus asaan para daie-daie ini dalam terus mengadakan majlis-majlis ilmu untuk merapatkan ukhwah silaturrahim disamping menambahkan ilmu pengetahuan ini telah dipermudahkan oleh Allah swt sepertimana yang diberitahu "orang-orang yang membantu agama Allah, Allah akan membantunya"
Kemudahan yang telah diberikan itu adalah merupakan satu nikmat yang amat kami syukuri dimana ia adalah merupakan kemudahan pada tempat usrah kami yang mana tempatnya lebih barakah dan selesa iaitu dari Medan Selera, Taman Maluri kepada di Masjid Imam As-Syafie, Taman Maluri...Syukran Khairan kathira kepada Masjid Imam As-Syafie kerana membenarkan kami mengadakan majlis Ilmu di masjid tersebut...Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas jasa tersebut...Semoga usaha ini diteruskan kearah mencapai tema Muslim yang mengamalkan konsep Islam iaitu Pemuda Hari Ini Pemimpin Masa Hadapan...Insyaallah..
Nasihat melalui wasiat
Wau adalah warak...yang dimaksudkan dengan warak ialah "orang yang senantiasa menjaga perkara-perkara halal dan haram dalam pensyariatan syariat"..Shad ialah sabar...terdapat dua golongan yang Allah menjanjikan martabat darjatnya dilebihkan, yang pertama ialah "ahli syukur" yang mana orang-orang yang diberikan nikmat oleh Allah swt dan dia bersyukur kerana dalam sebuah hadith Nabi saw yang bermaksud "orang yang paling bersyukur kepada Allah swt adalah orang yang banyak berterima kasih kepada manusia"....yang kedua ialah "ahli sabar" yang mana orang-orang yang Allah berikan dugaan, cabaran dan halangan lalu dia bersabar dan Redha dengan dugaan tersebut..kedua-dua golongan inilah yang Allah tinggikan martabatnya..Yaa bermaksud Yakin...setiap orang perlu mempunyai sifat kenyakinan ini agar dapat memberikan motivasi kepada orang lain dan diberikan kepercayaan...Taa bermaksud tawaduq...apabila seseorang itu mempunyai ilmu tapi dia berlagak bodoh, orang akan mendekatinya tetapi jika seseorang itu bodoh tapi berlagak pandai maka orang akan menjauhinya...orang yang diberikan kejayaan dan pujian oleh Allah swt sebenarnya adalah merupakan satu ujian kepadanya sama ada dia akan menjadi seorang yang tawaduq atau orang yang bongkak dan sombong...Ini kerana sifat yang memusnahkan manusia itu ialah seorang yang menjadi bongkak dan takbur.....Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri...semoga wasiat ini dapat kita amalkan, mudah-mudahan kita akan berjaya walau dimana saja pun kita berada....Insyaallah...
Subscribe to:
Posts (Atom)