Dipadang Mahsyar segala amalan manusia ditimbang oleh Allah. Mana yang lebih banyak pahala dimasukkan ke syurga sementara yang berat timbangan dosa akan dihumban ke neraka. Seorang hamba Allah didapati kurang satu amalan (mata) saja untuk melayakkan dia masuk ke syurga.
Jika mengikut perkiraan, dia adalah calon neraka tapi Allah Maha Penyayang akan hambanya. Allah memerintahkan orang itu mencari satu lagi mata untuk melayakkan dia ke syurga puas dia merayau dan mengemis dari seorang ke seorang untuk mendapatkan satu kebajikan saja namun hampa. Masing-masing memerlukan satu kebajikan. Kesemuanya menyatakan nasib mereka belum menentu, bagaimana hendak memberikan satu pahala.
Namun dia tidak berputus asa, akhirnya berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bersimpati dengannya. Hamba Allah itu menyatakan hidupnya bergelumang dosa dan sepanjang hidupnya hanya membuat satu kebajikan saja. padanya satu pahala itu tidak membawa sebarang makna, kerana menyangkakan dia akan masuk ke dalam neraka akhirnya, oleh sebab simpatinya kepada orang itu, dia memberikan satu pahala itu kepadanya.
Dengan gembira yang tidak terhingga dia kembali menhadap Allah membawa pahala tersebut dan menerangkan apa yang berlaku. Oleh kerana sikap penderma yang pemurah itu dan kebajikan yg dilakukannya, Allah menyuruh orang itu mencari penderma berkenaan untuk dimasukkan bersamanya ke dalam syurga.
MORAL & IKTIBAR
- Allah bersifat dengan AR-RAHIM
- Jangan remehkan kebajikan walaupun hanya satu amalan sunat.
- Satu kebajikan amat berat timbangannya di sisi Allah. satu amalan boleh meletakkan diri sama ada di syurga atau neraka.
- orang yang pemurah akan dirahmati Allah yang bersifat denganPemurah.
- penghakiman di akhirat amat teliti serta berlandaskan keadilan yang hakiki.
- dipadang mahsyar semuanya nafsi-nafsi, masing-masing mahu melepaskan diri dari azab yang pedih.
PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PENGENALAN PEPIAS
Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment