PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Saturday, March 17, 2012

MARI KITA KENALI USTAZ AZHAR IDRUS


Profil
Nama: Ustaz Azhar Idrus
Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.
Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)
Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.
Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.
Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100.

Sepintas lalu
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Ustusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut.

Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

PERUBAHAN

Bermula 1990, Ustaz mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar bad tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bertalagi dengan Tuan Guru Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.


Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar Surau Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999. Kemudian websitewww.ustazazhar.com menyusur pada tahun 2005. Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motorsikal dan kereta, maka Ustaz selitkan apa yang mereka-mereka ini minat. Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya dengan baik.

Dengan kesibukan jadual Ustaz sepanjang hari dan bulanan, Ustaz sentiasa mentelaah lagi buku-buku karangan mufti-mufti serta fatwa-fatwanya. Dalam rutin harian, Ustaz akan cuba habiskan 20 buah kitab sehari selama 5 jam. Pesanan Ustaz kepada kita semua belajar bersungguh-sungguh ketika kita rajin dan ada ketikanya kita malas, masa itulah kita berehat.






Friday, March 16, 2012

Imam Muda Astro Kembali Untuk Musim Ke 3





Imam Muda adalah salah satu rancangan bertemakan Islam di Astro Oasis. Imam Muda telah mengetengahkan ramai imam-imam yang masih muda usianya. Mengikut sejarah imam muda, Imam Muda Asyraf telah menjuari gelaran imam Muda untuk musim pertama dan Imam Muda Hassan telah memegang gelaran Imam Muda untuk Musim ke-2. Siapakah pula yang akan membawa pulang gelaran Imam Muda pada Musim ke-3pada tahun 2012?

kepada sahabat-sahabat dan anak- anak muda yang masih mencari arah untuk mempertingkatkan lagi ilmu islam,kepimpinan dan bersosial bersama masyarakat mengikut kehendak islam,jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi uji bakat imam muda musim ke 3 2012,belum cuba belum tahu..

Berumur 18-30 tahun
warganegara atau bukan warganegara Malaysia
Fasih berbahasa Melayu
Mempunyai latar belakang agama islam yang baik

ATAU

UJI BAKAT TERBUKA
Institut Profesional Baitulmal
Jaln Perkasa Off Jalan Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur

7 & 8 April 2012
Pendaftaran
9.00-1.00 tengahari

Bawa Bersama:
Gambar berukuran Pasport
Salinan kad Pengenalan atau Pasport

SELAMAT MENCUBA!!

Tu dia...Ustaz Azhar Idrus Turun Kuala Lumpur..Jemput datang beramai-ramai..

Tunjuk Rasa Jom....




Monday, March 12, 2012

Program "BULATAN HATI".....

Assalamualaikum sahabat sekalian :)....
Pada 11 mac 2012..Untuk julung kalinya pada tahun ini, HELWANI PANDAN telah bekerjasama dengan Kelab Insaniah CICT bagi mengadakan program Mahabbah helwani yang hanya diikuti oleh kaum hawa sahaja..
Seramai 15 peserta mengikuti program ini yang bermula pada pukul 8.30 am - 12.30 pm. Program ini diadakan di Taman Pudu Ulu, Cheras Kuala Lumpur.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kedatangan 2 tetamu khas iaitu Kak Khaulah & Kak Ayu yang sudi berkongsi cerita & pengalaman serta kata-kata semangat kepada peserta. 'JANGAN KITA SUKA MENILAI ORANG KERANA KADANG-KADANG ORANG YANG KITA MENILAI ITU ADALAH LEBIH BAIK AKHLAKNYA....'

Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
Senamrobik, Taa'ruf, Bola Beracun, Osum yang Osem, Nikmat yang jarang disyukuri, Ikatan Muhibbah, Rakit Muafakat................
"BADAN CERGAS, MINDA CERDAS "




Dengan berakhirnya program ini, tidak bermakna akan berakhir jua ikatan persahabatan....
Hal ini kerana dengan adanya "MAHABBAH " di dalam hati setiap insan, maka ikatan itu dapat di eratkan kerana Mahabbah itu bermaksud kasih dan sayang di antara satu sama lain semata kerana Allah S.W.T....
Sebarkanlah aura2 positif kepada sahabat yang kita sayangi...

Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini.
Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat.
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..