PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Sunday, October 24, 2010

Mini Muktamar PEPIAS Cwgn. Pandan 2010/2011

Tempat : LH2, Cybernetics International College of Technology
Tarikh : 22 Oktober 2010
Pukul : 8 Malam


Barisan Pimpinan PEPIAS Cwgn. Pandan 2010/2011

Pengerusi Perhubungan
Lukman b. Saini

Timb. Pengerusi Perhubungan
Muhammad Al-Farhan b. Halit

Setiausaha
Nurul Atikah bt. Musharuddin

Timb. Setiausaha
Mohd. Nasir b. Manca

Bendahari
Norriezan bt. Che Ibrahim

Ketua Helwani
Nur Sakinah bt. Azarae

Timb. Ketua Helwani
Nur bt. Adnan

Exco Ta'dib & Dakwah
Muhammad Afiq b. Mustapa

Timb. Exco Ta'dib & Dakwah
Muhd. Asrul b. Ahmad

Exco Latihan & Kepimpinan
Muhammad Amirul Fadzhil b. Salehuddin

Timb. Exco Latihan & Kepimpinan
Nor Sulaiha bt. Md. Sukri

Exco Perhubungan
Ramizi b. Tapa

Wednesday, October 13, 2010

mini muktamar pepias cawangan pandan kali kedua


mini muktamar pepias cawangan pandan
kali ke2


tarikh:
22/10/2010


tempat:
dewan aktiviti kolej antarabangsa cybernatics


hari:
jumaat


bersama-sama meraihkan pimpinan yang baru...
persatuan pelajar islam selangor(pepias) cawangan pandan

Thursday, October 7, 2010

usrah minggu ini:dakwah masa kini vs dakwah masa dahulu

minggu ini membincangkan tentang perbezaan dakwah pada masa kini dengan dakwah terdahulu..satu topik yang membincangkan adakah pendakwah pada masa kini mengikut cara dakwah pada zaman rasulullah...adakah pendakwah pada masa kini mengikut panduan al-quran dan sunnah..

tujuan dakwah ini dijalankan adalah untuk mencari kebahagian dan kesejahteraan dalam diri manusia dengan melaksanakan teguran dengan tiga bentuk iaitu:
  • secara lisan
  • secara tulisan
  • secara perbuatan

pada zaman rasulullah,dakwah nabi pada permulaan islam ingin berkembang,melakukan dakwah dengan dua cara iaitu secara sembunyi dan secara terbuka,begitu banyak pergorbanan yang dilakukan oleh para sahabat untuk mengikut rasulullah dalam menjalankan kerja dakwah demi mengejar kemanisan iman.

Thursday, September 30, 2010

SAHABAT

SAHABAT ibarat tasbih yang tidak ada awal dan penghujungnya..SAHABAT ibarat cermin kepada diri yang senantiasa memberitahu kita jika kita ada melakukan kesilapan..SAHABAT adalah perhubungan diantara manusia yang tujuannya kerana Allah swt..Walau apapun definisi,maksud dan perumpamaan yang diberikan, setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing berkenaan dengan erti dan maksud seorang SAHABAT.

Namun pada lembaran cerita hari ini, makna dan erti seorang sahabat semakin sukar dan semakin samar untuk difahami dan dimengertikan... Bukan kerana ia hilang atau pergi tetapi kerana jiwa-jiwa yang tidak sedikit pun atau terarah kepada menunjukkan nilai erti dan maksud SAHABAT..Adakah kerana tiadanya ilmu yang menjadi asas pengukuhan kepada pengamalan yang dilakukan atau kerana tiada persekitaran, ruang dan peluang serta pemahaman jiwa-jiwa tentang maksud dan erti seorang sahabat...

Terdapat Hadis Nabi saw yang bermaksud : ” seseorang itu atas agama perjalanan rakannya, maka hendaklah diperlihatkan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan”

Ayat ini menegah kita bersahabat dgn orang fasik yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat.

Al-QAmah memberikan panduan kepadan anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:

1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan darimu dia akan menghargainya

3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu

4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Selain itu Allah swt juga menegaskan kepada kita bahawa betapa pentingnya menjalinkan persahabatan dengan orang2 yg beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia yg dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini seperti di dalam firmanya yang bermaksud:

“Berpegang teguhlah dengan tali (agama) Allah bersama-sama dan janganlah engkau berpecah belah” - Surah Ali Imran:103

WaAllahu 'Alam

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri......

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dann Batin
Diucapkan kepada
Seluruh ahli Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan

Semoga Ramadhan memberikan kita sesuatu yang tidak ternilai untuk kita teruskan dan semoga kedatangan syawal ini akan dapat kita manfaatkan sebaik mungkin dengan hanya mengharapkan keberkatan, kerahmatan dan keredhaan Yang Maha Esa...

Ingatan tulus Ikhlas dari Semua pimpinan Pandan 2010...