Namun pada lembaran cerita hari ini, makna dan erti seorang sahabat semakin sukar dan semakin samar untuk difahami dan dimengertikan... Bukan kerana ia hilang atau pergi tetapi kerana jiwa-jiwa yang tidak sedikit pun atau terarah kepada menunjukkan nilai erti dan maksud SAHABAT..Adakah kerana tiadanya ilmu yang menjadi asas pengukuhan kepada pengamalan yang dilakukan atau kerana tiada persekitaran, ruang dan peluang serta pemahaman jiwa-jiwa tentang maksud dan erti seorang sahabat...
Terdapat Hadis Nabi saw yang bermaksud : ” seseorang itu atas agama perjalanan rakannya, maka hendaklah diperlihatkan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan”
Ayat ini menegah kita bersahabat dgn orang fasik yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat.
Al-QAmah memberikan panduan kepadan anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:
1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan darimu dia akan menghargainya
3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu
4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.
Selain itu Allah swt juga menegaskan kepada kita bahawa betapa pentingnya menjalinkan persahabatan dengan orang2 yg beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia yg dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini seperti di dalam firmanya yang bermaksud:
“Berpegang teguhlah dengan tali (agama) Allah bersama-sama dan janganlah engkau berpecah belah” - Surah Ali Imran:103
WaAllahu 'Alam