PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PIMPINAN PANDAN 2012/2013
PIMPINAN PANDAN 2012/2013

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.

Friday, June 11, 2010

gambar program sekolah yang pertama

nie merupakan program pertama yang berlangsung beberapa hari sebelum muktamar
nie merupakan program sekolah yang di pertama yang dijalankan oleh pepias cawangan pandan..bersemangat betul fasi-fasi pepias pandan bersama adik-adik pengawas

Thursday, June 3, 2010

PEPIAS Pandan Mengutuk Sekeras-kerasnya Serangan Ke Atas Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza.




Mutakhir ini, dunia di gembar-gemburkan mengenai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza di serang serta di tahan oleh tentera rejim zionis bagi menghalang misi tersebut. Hal ini, telah membuat banyak pihak tidak berpuas hati apatah lagi penganut beragama islam itu sendiri. Seramai 12 rakyat Malaysia turut bersama dalam menjayakan misi tersebut turut di ditahan dan kini kesemua rakyat malaysia didapati selamat dan telah dibebaskan. PEPIAS Pandan turut bersimpati terhadap musibah yang berlaku ke atas misi itu. Apakah tindakan dunia selepas ini? Adakah membiarkan sahaja Israel mengganas dan menindas orang islam? Oleh hal demikian, PEPIAS Pandan mengajak semua ahli PEPIAS Pandan menyokong semua aktiviti yang dilakukan bagi menunjukkan tanda sokongan dan mengutuk ke atas perbuatan keji rejim zionis. Sebarang aktiviti yang di ikuti PEPIAS boleh di lihat di persadapepias.blogspot.com.

Wahai sahabat-sahabat sekalian..., bangkitlah kalian.. Lihatlah dunia. Bertapa Islam di pandang rendah dan di tindas oleh orang yahudi. Apakah tindakan kalian... Bangkitlah!!!